Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 6 Februari 2015

ORANGE MARBLE CHEESE BAR CAKE

Assalamualaikum

Selamat Malam dan salam beristirehat pada semua. Dah makan malam semua? Apa menu? Apa pun menu tak penting sangat, yang penting bila dapat berkumpul bersama keluarga. Makan beramai2 memang sangat2 meriah.  Keluarga saya, kalau ramai yang balik, makan hidang memang penuh ruang tamu. Itu pun tak cukup ruang hehehe.......meriah, kecoh jer lebih......... makankan. Hari nie tak dapat nak balik, badan rasa tak sedap pulak. Nak keluar beli barang pun rasa malas jer........mungkin kesan dari Water Detox kot hihihi.........Sejak kebelakangan nie pun memang badan dah rasa tak enak. Antibodi dah berkurangan kot, tu yang asyik lemah jer. Ingat, esok nak start joging balik....... 

Untuk n3 malam nie sebenarnya n3 yang tertunggak, Orange Marble Cheese Bar Cake. Kek nie saya buat minggu lepas, masa nak balik rumak mak. Resepi nie saya dapat di dapur Madihaa.  


Sedap kek nie, olahan dari kak Maz Ilham Dapur. Resepi yang diubahsuai oleh kak Maz dari Red Velvet Marble Cheese Brownies. Memang terpesona dengan kek nie. Warna oren yang mengancam mata dan jiwa raga. Masa keluarkan dari oven, wangi haruman oren sunquick memang tak boleh tahan. Bila saya keluarkan dari oven, tak tunggu dah terus potong sikit nak rasa. Memang sedap gila.......gila pun tak sedap macam nie hahaha........next time memang nak buat lagi tak puas rasa.


Resepi nie tak dapat banyak. Jadi kalau yang nak mencuba tu dan nak makan puas2, boleh gandakan sukatannya macam Madihaa. Saya buat pertama kalikan, jadi kenalah buat secukupnya sahaja sebagai pengenalan. Lepas nie, kalau saya nak buat akan saya gandakan tapi kalau nak bawa balik kampung kena buat berganda2 lah.......nanti tak cukup. Kenapa ye kek saya tu macam bersarang tapi saya tengok kek madihaa tak bersarang pun cantik jer moistnya. Kenapa ye? tak pe lah yang penting sedap.........


ORANGE MARBLE CHEESE BAR CAKE
Resepi : Maz
Sumber : Madihaa

Bahan A :
40 ml sunquick orange
50 gm mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
2 kuning telur saiz A
60 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1-2 titik pewarna oren

Bahan B :
2 putih telur saiz A
40 gm gula halus
1/8 sudu kecil garam

Bahan C :
200 gm cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz A
50 gm gula halus
1/2 sudu kecil lemon jus

Cara2:
1. Panaskan oven 160C. Alas loyang (7 x 7) dengan kertas baking dan biarkan kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.
2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.
3. Putar bahan B sehingga kental / bertanduk.
4. Masukkan bahan no 3 ke dalam no 2 sedikit2 dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag untuk di buat marble.
5. Tuang ke dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30 - 35 minit.
6. Sementara menunggu kek masak, sediakan lapisan cheese.
7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur,  putar sebati.
8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Buat Marble diatasnya. Buat satu garisan memanjang di atas lapisan cheese. Lorekkan guna lidi
9. Masukkan ke dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan di dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan