Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 26 Mac 2016

LANJUT GOLDEN BEACH & GOLF RESORT

Assalamualaikum 
https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/12321322_566414970175629_3029185186798260561_n.jpg?oh=84d70f384bff294693eb91b91c565157&oe=5781E5F6
Family Day ILP Ledang pada tahun ini, kami berjimba di Lanjut Golden Beach & Golf Resort........terletak di Rompin, Pahang. 
Minta maaf ler, gambar depan resort tak dapat nak ambil. Masa tu dah letih sangat walaupun dok sebelah jadi mem......mata pejam celik pejam celik tapi tetap penat hehehe.........Ini bilik kami, villa 1. Kami berdua jer tapi dapat duduk bilik besar gini, memang rezeki kami la. Cantik bilik nie, luas sangat. Kalau datang dengan keluarga yang ramai pun tak de hal punya. Bilik pun boleh berhubung dengan bilik sebelah, ada pintu tapi jangan ler buka nanti orang lain skodeng plak hahaha........
Ini bilik kami yang mengadap ke laut tapi lautnya nun jauh di sana. Bila malam selepas dinner, ingatkan nak jalan2 di tepi pantai tapi gelap yang amat sebab lampu resort jauh dari pantai. Jadi terlepas hajat untuk berdating ditepian pantai. Dapat ler perhati dari anjung bilik jer......tapi tak apa, boleh lepak2 kat belakang bilik sambil hirup udara pantai yang sojuk amat......
 https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/v/t1.0-9/12919649_566411853509274_578698875919225814_n.jpg?oh=d6e307335ecef1588828f610c4e3fcfd&oe=57954AC2
 https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xlp1/v/t1.0-9/12923108_566411916842601_1424624298860890059_n.jpg?oh=8b3f84e8077dcaa28a9044fd1b826a33&oe=57817BBC
 https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xat1/v/t1.0-9/12924473_566411740175952_6522429358441026494_n.jpg?oh=05bf1e95ca6d630cebb05b7a3395e992&oe=5779927E
Ini antara aktiviti2 yang dijalankan sepanjang family day yang berlangsung selama 2 hari. Saya malas nak turut serta, letih badan........suami pun tak keluar bilik, berehat jer kat villa. Bagus semua dia orang nie, sporting habis. Bukan sahaja anak2 yang setia menanti untuk games dia orang, mak2 bapak2 pun dok tak sabar nak join sama. Sekadar untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada.
Semasa perjalanan untuk hampir sampai ke resort, kami singgah makan dulu di kedai makan udang galah yang dikenali ramai. Kedainya betul2 dekat simpang tiga untuk ke arah resort. Orang tak berapa ramai lagi masa kami datang sebab baru lepas habis sembahyang jumaat. Kami tak tunggu lama, keluar je masjid terus tuju ke kedai nak makan.Tak lama lepas tu, memang ramai ler yang datang, tak putus2 orang datang makan udang galah. Saya tak makan, suami saya jer yang tak sabo2 nk ngap..........saya dah jemua makan udang kat rumah mak, makan sampai nak termuntah2 tapi bukan udang galah ler hihihi.......
Tu dia, besaq punya udang.......ambil sekor je tak boleh lebih2 sebab suami saya kalau makan lebih2 takut gatal2 plak.......jadi berjaga2.........gatal rm hehehe.......tak puas katanya jadi hari nie masa nak balik nanti dia nak makan lagi kat tempat yang sama. Makan je la bang, kat Melaka tak jumpa nanti walaupun ada je orang jual udang galah kat melaka tu. 
Ini hadiah cabutan bertuah yang saya dapat malam tu. Memang kebetulan saya tak ada maker nie, kira lepas nie dah tak payah beli ler......cuma nak memulakan operasi tu tak tahu ler bila akan bermula......lepas nie kena lah cari resepi waffle yang sedap2.......







Tiada ulasan:

Catat Ulasan