Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 15 Mac 2016

NASI ARAB MANDY.....DAH LER MUDAH, SEDAP PULAK TU......

Assalamualaikum
Nasi Arab Mandy.........ini semalam punya cerita. Pasti ramai yang gemar makan Nasi Arab kan. Saya tak berapa lah sangat nasi2 yang pelbagai variasi nie tapi kalau ada saya bedal juga ler......mungkin sebab saya memang jenis yang tak beria2 sangat nak makan nasi....diet...^___^. Tapi untuk nasi arab nie memang sedap. Nasi Arab Mandy nie yang jenis instant punya, saya beli kat kawan di tempat kerja. Beli dah lama, masa raya tahun lepas lagi tapi baru hari nie ler nak membuatnya. Nasib masih sempat nak merasa membuat, dah nak expired dah pun rupanya. Nak sediakan pun mudah yang amat. Mudah, cepat dan sedap katanya........memang ternyata benar belaka hehehe.........
Ini dia rupanya nasi arab tu. Bagi satu bungkus nie boleh makan lebih kurang untuk 7 orang. Nampak tak tarikh luput tu......sikit jer lagi saya nak terlepas peluang nak makan. Beli masa hari raya tahun lepas konon2 nak bagi adik2 merasa tapi open house tak habis2, memang tak sempat ler nak buat. Nasib lambat lagi nak expired, kalau tak rugi tak sempat nak rasa. Harganya pun cuma rm17. Kalau kat kedai, dah boleh bayangkan tak berapa banyak penjimatan hihihi.........jimat sangat, rasa sedap pun sama sahaja dengan kedai kat luar. Kalau berminat boleh roger2 abang nie yer....
Menu nie saya buat setengah bungkus jer. Ini pun bagi saya dah banyak untuk kami makan berdua. Boleh jer kalau nak bagi auntie sebelah tapi jengah2 tak ada pulak auntie nie, bershopping kot. Saya makan memang tak banyak.......diet konon....^___^.... suami pun makan tak berulang sebab tak ada lauk goreng2 katanya. Lauk goreng2 dia apa lagi kalau bukan ikan bilis goreng. Takkan ler nak makan nasi arab dengan ikan bilis kan.......juling mata sekejap.....macam2.........
Nasi nie memang sedap, makan begitu sahaja pun dah cukup sedap. Nasib saya jenis tak makan banyak sangat, kalau tidak.......mahu habis nasi nie saya makan. Kita orang kalau teringin nak makan nasi arab, mesti akan order satu jer lepas tu share sebab nanti makan mesti tak habis punya, rugi jer kan......
Ayam pun saya masak setengah ekor jer takut nanti tak habis nak makan. Kalau makan kat kedai, ayam tak ada kena lumur macam ni kan......tapi nasi arab nie ayam dia kena lumur.......
Ini pulak sambalnye, saya lebihkan cili apinya baru makan terangkat2 punggung...baru ummmphhhh.....
Yang ini pulak Nasi Arab Kabshah, next time punya projek. Yang ini nanti kalau buat nak kena habiskan terus biar semua dapat merasa. Mungkin minggu depan ler buat untuk mak dan adik2 makan, Insya Allah jika dipanjangkan usia.........





Tiada ulasan:

Catat Ulasan