Kursus Pengurusan Jenazah..........syukur Alhamdulillah kerana saya dapat menghadiri kursus Pengurusan Jenazah yang telah diadakan di ILP Ledang dimana mendapat kerjasama dari pihak Qadhi Daerah ledang. Tak ingat nama ustaz tapi katanya imam dari Masjid di Muar.
Permulaan kursus ustaz menerangkan dari awal, persediaan peralatan dan
juga bahan yang digunakan untuk memandikan jenazah. Bagaimana lebar kain, tali dari kain yang
digunakan untuk mengikat, kapas yang digunakan dan sebagainya. Selepas itu ustaz memberi sedikit pendedahan bagaimana untuk menguruskan jenazah samada yang sempurna ataupun dalam keadaan yang tidak sempurna.Seperti yang kita sedia maklum, tak semua jenazah yang
dimandikan adalah dalam keadaan sempurna, seperti sedia ada.
Berbagai2 cara yang diajar dan diberitahu bagi memandikan jenazah. Bagi jenazah yang sempurna tiada masalah, ustaz ajar step2 yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas dimandikan. Selepas itu ustaz menerangkan pulak cara2 memandikan jenazah yang telah reput, akibat kemalangan ngeri dan sebagainya. Rata-rata yang datang menghadiri kursus nie, memang
sangat2 memberi perhatian. Terlalu banyak persoalan yang diutarakan
kepada ustaz sampai ustaz risau takut tak boleh nak balik sebab ramai sangat
yang bertanya terutamanya pihak lelaki. Pihak perempuan tak banyak soalan hanya saya sahaja yang
bertanya, takut nak bertanya kot hehehe........
Ustaz juga menerangkan cara mandi jenazah yang betul. Menyucikan keseluruhan anggota jenazah agar suci dengan sempurnanya. Segala kemusykilan telah dijawab oleh ustaz sebaik2nya. Harap semuanya berpuas hati walaupun saya nampak ramai lagi yang nak bertanya tapi masa tidak mengizinkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan