Assalamualaikum
Jualan Gudang Karangkraf di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media
Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor telah pun berlalu. Semalam hari terakhir promosi. Memang tak menang tangan dibuatnya sampai juling2 mata dok tengok. Berpeluh2 jangan cakap ler tapi itu semua bukan halangan. Saya datang disaat2 akhir dengan adik dan anak2 buah. Takut juga kalau2 tak dapat buku yang nak dibeli tapi Alhamdulillah dapat gak saya ngap hehehe........
Sempat juga bersua dengan Dr Robiah K.Hamzah dan prof Madya Rasid Muhammad selebriti Karya Bestari. Tak ramai yang saya jumpa sebab mungkin saya sampai tu dah nak masuk waktu zohor. Mungkin dah waktu rehat kot........
Sempat juga bersua muka dengan penulis muda Annur Iman. Saya tak pernah baca hasil karya Annur jadi kita bagi support sikit. Ramai juga penulis yang saya jumpa tapi malas nak bergambar sebab kepanasan dah tahap gaban........lagipun partner dah letih dok tunggu kat luar, kesian pulak rasanya. Bila tengok bakul saya dah penuh, nak angkat pun tak larat.....senget bahu sebelah, rasanya cukup setakat tu sahaja, terus call anak buah minta tolong angkat separuh hahaha.......kasi belanja dia satu buku jadilah.......
Yang ini pulak, sedikit buku masakan. Nak masak tu tak tahu bila tapi kumpul tetap kumpul untuk koleksi, lebih tepat lagi untuk cuci mata hehehe........suami pun dok jeling jer, beli buku resepi macam2 tapi buat pekasam hihihi.......slow2 ye.......maklum ler 'rajin' kan......
Yang ini pulak belikan untuk adik sebagai buah tangan, sebab dia last minit tak dapat nak ikut. Tak ada rezeki, lain kali kita plan betul2 ye........
Lain tahun kita datang lagi........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan