Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 8 Mei 2015

JALAN-JALAN KOTA BAHRU

Assalamualaikum

As Salam Jumaat kepada semua Muslimin dan Muslimat. Cuti2 Malaysia!!! dah seminggu pun berlalu tapi saya baru hari ini berkesempatan untuk membuat n3 di sini. Sempena Cuti hujung minggu beserta cuti umum yang lalu sebab Wesak Day dan Hari Pekerja, jadi kami berjalan2 sambil berehat dan cuci mata. Destinasi kami kali ini di Kota Bahru. Disebabkan ini percutian yang tak dirancang dan perancangan secara spontan, semua hotel yang kawan rekomenkan semua dah penuh. Kami cuma dapat menginap di PCB sahaja. Dekat sangat dengan Pantai Cahaya Bulan. Ok la tu janji destinasi kami kali ini tercapai . PCB pun tak kurang hebatnya, memang salah satu tempat pelancongan di Kelantan khusunya di Kota Bahru.


Ini tempat penginapan kami ye, not bad.......bagi yang last2 minit hihihi.......Home Village Beach Resort. Suami saya pilih tempat nie sebab katanya boleh memancing pada waktu malam. Konon2 ler nak memancing tapi tak boleh juga sebab bila malam, memang gelap gelita sebab pihak resort tak buka lampu walaupun jalan sepanjang sungai ada diseiakan lampu jalan. Mungkin untuk mengelakkan pembaziran kot. Resort nie pun ada juga menjalankan kem bina semangat bagi budak2 sekolah. Memang awal2 pagi meriah dengan hiruk pikuk anak2 sekolah, dengan aktiviti2 yang dijalankan. 

Kami menginap di chalet ini untuk 3 hari 2 malam. Booking di agoda dapatlah diskaun. Kami berjalan pagi2 lagi. Lepas dah penat balik sekejap untuk berehat, lepas tu sambung balik berjalan sampai malam. Begitulah kami sepanjang di Kota Bahru. Banyak lagi tempat yang nak dituju tapi tak berkesempatan sebab kami drive dari Melaka. Kerana perjalanan yang jauh, so kenalah balik awal.......itupun singgah jugalah sesetengah tempat sepanjang on the way nak balik tu.


Ini tempat penginapan, simple tapi menarik. Kalau tengok kolam memang teruja sebab banyak ikan yang blurp!! blurp!! tapi sayang tak dapat nak ngap..........kesian tengok muka suami, awal2 lagi dah siapkan peralatan memancing tetapi hampa. Ingatkan malam2 boleh ler dia nak belasah ikan2 tu tapi, gelap gelita......takut pulak nak turun ke tepi sungai. Mungkin pihak resort tak bagi kot hehehe......siannnnn!!!!!


Ini ketika kami minum2 di PCB. Siang malam kami di sini. Memang ramai manusia kat sini tak kira waktu. Kalau dulu kami datang masih ada lagi pantainya tapi sekarang dah ditambak dengan batu, jadi tak dapatlah nak bersantai2 sangat. Makan pun boleh tahan juga. Kalau ada yang berminat nak datang ke sini, saya rekomen datang ke kedai yang paling hujung, betul2 di tepi pantai. Makanan di sini memang puashati. Kalau kat kedai lain, dah ler tak umphhhh tapi rmnye berbintang2.........ishhhh!!!!!!! tak mo dah.....


Antara tempat makan sarapan yang saya suka. Saya memang susah nak terima makanan Kelantan. Saya pening nak makan, tak yang mana kena dengan selera saya. Tapi Restoran Ikhwan memang banyak pilihan dan rasanya memang kena dengan tekak saya. 

Begitu juga dengan Kopitiam KitaPunyalah ramai manusia, nak parking banyak tapi penuh. Dah dapat parking, menunggu punyalah lama sampai suami saya kat sebelah pot pet pot pet. Lama2 kami blah..........takut nanti suami keluar tanduk hehehe.......Saya datang kali ke 3 baru dapat makan itupun on the way nak balik. Sebab dah kenyang jadi kami makan Roti Titap jer........Bila dah dapat makan, dia senyum perli kat saya. Dia cakap " 3 kali baru berjaya dapat makan, semata2 kerana roti yang boleh buat sendiri"......adoiiiiiii, rasa macam nak cubit je dia..........


Ini Pasar Siti Khadijah, dapat juga rembat beberapa helai kain pasang. Kalau tak fikirkan kepanansan, rasanya dah habis saya borong. Nasib ler panas!!!!! kalo tak dah terbang melayang rm tu hihihi.........yang dapat ni pun jadilah, buat puaskan hati.


Yang ini pulak Wakaf Che Yeh....yehhhhhh!!!! panas!!!!!!. Memang tak boleh nak bernafas rasanya. Jalan pun main langgar je manusia kiri kanan. Punyalah ramai orang, nama pun tempat pelancongan kan......walaupun sekadar pasar malam. Masa kat sini, tak dapat nak shopping sangat, sebab dah tak larat. Mata pun dah tak terangkat rasanya. Terlampau banyak sangat pusingan yang kami buat. Kadang2 tu rasa macam dah lalu tadi tapi kami lalu lagi......sesatt!!!!!Memang penat tapi berbaloiiiii.........






Tiada ulasan:

Catat Ulasan