Pernah dengar tak, Cendawan Mekah a.k.a Mutmut a.k.a Teh Kombucha. Apa pun ia dipanggil, ia tetap benda yang sama. Seriously, ini memang pertama kali saya dengar. Orang nak cakap saya ketinggalan pun tak apalah, cakap jer lah......saya memang tak tahu langsung pasal tumbuhan nie.Kawan di opis yang bagitahu pasal mut2 nie. Katanya banyak khasiat yang kita akan dapat dengan meminum air mut2 nie.
Mut2 yang di atas tu saya dapat dari kenalan di FB Sufinaz Zainudin. Dia sedekah pada siapa2 yang nak secara percuma cuma bayar wang pos laju sahaja. Baguslah, berkongsi manfaat yang berguna untuk semua disamping menambah pahala kan hehehe.........
Airnya dikatakan masam dan agak kelat sedikit. Saya belum mencuba lagi tapi rata2 yang dah tahu khasiatnya memang cakap bagus, Alhamdulillah. Airnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, sembelit, gout, sakit2 sendi, magrain dan macam2 lagi. Boleh dikatakan berbagai penyakit, InsyaAllah dapat diatasi dengan bantuan yang Maha Esa. Tapi yang saya suka dengar tu bila kawan saya cakap boleh juga untuk diet hihihihi.......memang kena cuba nie...
Buat masa nie saya belum membuat ujikaji sebab mut2 tu baru dapat. Buka saja sampul tadi, dia punya bau ada semacam sikit. Tak taulah saya macam mana saya nak minum nanti, harap2 saya berjaya. Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut khasiatnya boleh tengok di sini. Dan kalau nak tahu kaedah penjagaan boleh tengok di sini ataupun nak tahu cara2 nak buat airnya boleh juga rujuk di sini .
Ini dia mut2 ye........dia hidup dengan suburnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan