Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 22 Mei 2015

KASWI GULA MERAH

Assalamualaikum


Salam Jumaat buat semua. Dah makan tengahari hari nie? Saya tak masak makan tengahari, cuma buat kuih kaswi jer........Kaswi Gula Merah resepi dari Sabrina Khan. Resepi nie saya buat separuh jer......untuk saya. Sedap sangat resepi ni sebab guna gula merah, tu yang ummphh......sebenarnya sebab ada kelapa tu yang saya suka hihiihi........ Apa2 resepi pun pada saya sama sahaja cuma kita kena mencuba apa juga resepi yang diolah oleh kawan2 kita. 

Bagi saya, rasanya tetap sama cuma kekenyalannya sahaja yang mungkin berbeza ataupun penggunaan gula merah buatkan rasanya lebih lemak manis gitu...... Ikut citarasa masing2. Kalau saya tolak batu dengan kayu jer tapi kalau batu dengan kayu boleh makan memang saya dah bedal dah hahaha.........


KASWI GULA MERAH

Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
450 ml air
2 cawan gula merah
2 cawan gula putih
2 sudu besar air kapur

Larutkan gula bersama 50 ml air
Tapis dan campur dengan bahan2 lain
Tapis adunan dan kukus 45 minit. Pastikan air kukusan panas
Makan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.


SELAMAT MENCUBA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan