Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 12 Disember 2014

BUBUR CANDIL

Assalamualaikum

Selamat petang semua, dah bersiap sedia dengan menu petang atau masih memikirkan apa yang akan digodeh untuk menyediakan menu petang dan juga malam. Saya macam biasalah, bila tak bekerja hari jumaat, tinggal seorang jadi penyediaan hanya untuk saya seorang sahaja lah. Hari ini saya tak masak untuk makan tengahari sebab suami saya tak balik, malas katanya. Saya cuma sediakan roti sardin sahaja untuk sarapan saya merangkap makan tengahari. 

Untuk petang nie teringin pulak saya nak buat bubur cha cha tapi masa selongkar dapur kak yatie , terjumpa pulak gambar bubur candil. Macam2 versi ada, teruja saya tengok. Rupanya kak yatie nie memang suka makan bubur candil. Saya memang suka bubur atau pengat nie terutama bubur kacang, memang jadi kegemaran. Masa dolu2, mak saya suka juga buat bubur nie tapi kami panggil bubur cha cha. Nak membuat bubur candil nie pun senang jer, semudah petik jari hehehehe...........jom layan!!!!



BUBUR CANDIL
Sumber : kak yatie

Bahan2:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Garam
1 1/3 cawan air + jus pandan = untuk uli tepung
Sedikit pewarna
Air secukupnya - untuk merebus bubur candil
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 ketul gula melaka - racik halus dan masak hingga hancur + 1/2 cawan air - tapiskan
2 helai daun pandan

Cara2:
1. Campurkan tepung pulut , tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air campuran jus pandan sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Didihkan air dalam periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dalam air mendidih. Apabila bebola telah timbul, angkat dan tapiskan.
4. Di dalam periuk yang lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka.
5. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan, gaul sebati.
6. Semasa masak, gaul sentiasa supaya santan tidak pecah. Biarkan mendidih. Jika kurang manis boleh tambah gula pasir sedikit.
7. Setelah siap, matikan api dan bolehlah dihidangkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan