N3 hari ini, kita sambung cerita di Pulau Pangkor. Maaf la ye, nak tayang juga kenangan nie. Hari Kedua, kami melakukan senaman pagi di tepi pantai seawal 7.30 pagi. Bersenam sambil menghirup udara segar dari pantai memang menyeronokkan sambil bersenam ala2 Thai Chi bagi melakukan regangan. Senaman nie persediaan sebelum Jungle Tracking yang akan dilakukan selepas itu. Dah sebulan tak melakukan senaman selepas sukan hari tu. Rasa macam nak tertanggal skru sebab sakit kaki dan tangan masa sukan hari tu masih terasa lagi, ngiluuuuuuuuu........nyut.....nyut.....Selepas habis senaman, kami semua bersarapan dan berehat sekejap di dalam bilik.
Setelah berehat, kami berkumpul di lobi untuk mendengar taklimat dari pihak hotel berkenaan dengan Jungle Tracking. Saya, kalau aktiviti yang ini ok cuma pacat je yang membuatkan saya jadi tak ok. Masa kami masuk hutan hari tu nasib kami memang tak berapa baik sebab malam tu hujan jadi semua tok nenek pacat keluar. Bila dengar ayat fasi macam tu, cakap pulak sambil senyum2......arghhhhh!!!!!! rasa macam nak tenyeh2 jer muka dia dengan roti. Masa tu rasa macam nak balik bilik jer.....kalau kena nasib la tapi saya memang kena satu das, sampai sekarang kesan gigit tu masih ada tak mahu hilang, gatal pulak tu........mesti kesan tu kekal kot, bintik merah.
Fasi tu gelak jer bila saya buka kasut tengok stokin dah penuh darah. Katanya, anggap sahaja amalan sedekah.......ceh!!!!!! sabar je la kan.........Selepas tamat jungle tracking, kami terus ke aktiviti Water rafting. Buat rakit sendiri, saya tengok jer sebab tak pandai nak ikat. Kawan saya cakap saya ikat macam ikat plastik makanan, pulak dah..............Disebabkan saya tak tolong ikat, jadi saya berkayaklah, kayuh rakit sampai nak tercabut lengan rasanya. Apa2 pun, itu pengalaman saya yang amat menyeronokkan.
Setelah tamat water rafting, kami balik ke hotel dan menunggu masa untuk makan tengahari. Sebelah petang pula aktiviti Outdoor Challenge. Aktiviti yang ini biasa2 sahaja, dah selalu sangat buat dan tengok......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan