Selamat malam, selamat menonton perlawanan bolasepak akhir antara Malaysia vs Thailand, Piala Suzuki AFF 2014. Semua orang sibuk menonton, saya pulak sibuk kat dapur dok bikin Apam Mentega. Terlewat saya nak membuatnya, kan dah tak dapat tengok. Sepatutnya petang tadi nak buat boleh terlupa pulak saya, nasib tak basi air gula hangus hehehehe........
Sambil dok bikin, telinga nie dok dengar jer suami saya kat depan tu dok jerit2. Memang boleh buat hati meletup2 nak ke depan nie. Mujur resepi apam mentega nie senang jer nak buat. Sementara nak perap, dapat juga saya tengok sekejap tapi Malaysia dah dapat 2 mata gol. Tahniah Malaysia........tunggu masa ke dua pulak......
Berbalik kepada n3 kali nie, resepi apam saya dapat di dapur nurniezza , kawan kita yang dok nun jauh di Finland, tapi saya rasa sekarang nie dah balik Malaysia kot. Dulu saya suka tengok n3 niezza sebab dia selalu post gambar buah2an yang fresh dari ladang. Berlambak2 buah, teruja sungguh sampai minta dia pos kan sikit hihihihi......gerammmm.......Untuk resepi apam nie memang sedap. Saya nie tak suka makan kek gula hangus tapi apam nie, walaupun guna gula hangus saya rasa sedap pulak. Mungkin sebab guna mentega, tu yang buat rasanya sedap sangat.........
Bagi yang nak mencuba, silakan ambil resepinya............
APAM MENTEGA
Sumber : niezza
Resepi : kak sofea
Bahan2 : (+- 50 biji)
Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
Bahan B
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum *
2 sudu teh soda bikabonat (*ayak bersama)
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
Cara2:
1. Gula hangus : Masukkan gula dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api (untuk mengelakkan air gula dari terpercik semasa air dituang) dan masukkan air. Nyalakan semula api, kacau hingga larut dan masukkan mentega. Kacau rata dan ketepikan.
2. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Kemudian masukkan susu diselang selikan dengan tepung. Gaul semua hingga sebati.
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang di sapu sedikit minyak. (Adunan ini, jika dituang penuh ke dalam acuan tidak mengapa kerana semasa di masak ia tidak akan melimpah) .
5. Kukus selama 15 - 20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan