Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 23 Januari 2015

NASI AYAM KUKUS

Assalamualaikum

Salam Jumaat walaupun dah terlewat untuk diucapkan. Sempat lagikan belum habis waktu hehehe......Dah minum petang ke? Menu apa petang nie? Saya sempat jugalah buat Apam Pisang tadi untuk minum petang. Tapi n3 yang saya nak buat kali ini bukan apam pisang tapi Nasi Ayam Kukus. Menu tengahari tadi.


Memang dah janji dengan suami nak masak nasi ayam hari nie. Masa saya selongkar dapur sheila, saya tertarik dengan Nasi Ayam Kukus dia. Tapi saya tak ikut resepi sheila cuma saya ikut kaedahnya. Nasi ayam tu dikukus dan ayamnya pula dipanggang. Saya masak ikut resepi cara saya sendiri sebab nasi ayam ni masak apa resepinya sekalipun, rasanya tetap sama. Betul tak? Kalau ada yang berbeza pun cuma pada ayam sahaja, agaknyalah........Ayam panggang saya nampak hitam sikit, bukan hangus ye cuma hitam sikit tapi memang hitam sangat nampaknya sebab saya guna kicap pekat kot. Masa perap ayam tu pun dah nampak hitam. Jadi bila lepas panggang tu faham2 je la ye . Nampak macam hangus tapi tidak ye, saya panggang sekejap jer. Lain kali jangan guna kicap pekat, memang pekat, hitam melekat hehehe.............tak pe yang penting rasanya.......


NASI AYAM KUKUS

Bahan2 Rebusan Ayam:
1/2 kg ayam - bersihkan
1 sudu besar rempah soto Tok Mak/ rempah sup
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih* (* tumbuk halus)
1 inci halia - dititik
sedikit 4 sekawan
Garam 
Air

- Tumis bahan tumbuk, halia, 4 sekawan dan rempah soto. Setelah naik bau masukkan air, garam  dan ayam. Rebus ayam hingga masak. Setelah masak boleh angkat dan keluarkan ayam untuk diperap. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

Bahan Perapan Ayam:
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar bawang besar blend
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat - lain kali kena skip

- Gaul semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap ayam selama 30 minit. Setelah itu panggang ayam. Lebihan kicap perapan simpan untuk di makan bersama nasi.


Bahan2 Nasi:
2 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan ayam
4 sekawan
1 inci halia *
2 ula bawang putih *
1 biji bawang besar * (* hiris halus)
1 batang serai - dititik
Garam 
Minyak
sedikit butter

- Basuh dan rendam beras selama 10 minit. Setelah itu tumis bahan hiris, 4 sekawan dan halia hingga naik bau. Masukkan beras dan air rebusan.
- Setelah air beras kering dan nasi 3/4 masak, pindahkan nasi atas kukusan. Kukus hingga nasi masak. Setelah nasi masak taburkan sedikit butter dan gaul sebati.

Bahan2 Cili:
10 cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar cuka
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air

- Blend semua bahan hingga hancur. Masak semua bahan hingga sedikit pekat.


- Kicap yang lebih perapan tadi tambah sedikit air rebusan ayam dan kicap manis. Masak sebentar.
- Untuk sup : panaskan air rebusan yang lebih tadi. Tambah sedikit air, sup bunjut, garam dan panaskan. Setelah siap, tabur daun bawang dan daun sup.
- Semua telah selesai, boleh lah dihidangkan bersama salad, hirisan timun dan hirisan tomato. 


ayam nampak agak hitam tapi sedap, bukan hangus ye tapi sebab kicap terlebih sudah......... 





 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan