Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana hari ini sudah masuk hari yang ke 20 Ramadan bagi tahun ini. Syukur sangat2 di beri kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah ini. Semoga kita akan dapat melaksanakannnya hingga ke akhir Ramadan.....AMINNNNNNN.....
Bagaimana dengan menu berbuka tadi? Pasti mewah2kan makanan yang terhidang. Saya di akhir2 Ramadan nie biasanya dah susah nak telan nasi melainkan lauk2 yang ada tu memang kegemaran saya. Sekarang nie balik kerja dah tak sempat nak masak, suami beli jer. Dia pun dah tak lalu nak tengok makanan kat Bazaar Ramadan. Bukan dah jemu tapi selera dah berkurangan, cuma minum jer yang macam2 tak cukup 2 jenis, kadang2 tu sampai 5 jenis air hehehe..........
Ok, kita tutup kisah makanan berbuka. Kita terus kepada tajuk utama yang nak dikongsikan iaitu mengenai Makanan Yang Tidak Menggemukkan. Kalau sebelum ini saya ada buat n3 mengenai Makanan Yang Menggemukkan tapi malam ini saya ingin kongsi pula pengetahuan tentang Makanan Yang Tidak Menggemukkan . Pasti semua orang sudah sedia tahu apa makanan yang tidak menggemukkan tapi saya nak juga kongsikan di sini untuk rujukan saya sendiri dan juga kawan2.
Seperti biasa rujukan saya semestinya di blog Kelvin. Beliau memberi 5 contoh makanan yang tidak menggemukkan. Tapi menurutnya walaupun ia bagus untuk diet tetapi jika diambil berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Jadi, bagi mereka yang betul2 ingin menguruskan berat badan, saya rasa kena berhati2 dengan pengambilan bijirin dan juga makanan yang lain. Jom kita tengok apa 5 perkara tersebut................(gambar pakcik google)
1. Bijirin Oats
Oats seperti yang kita sedia maklum, adalah bijirin yang popular dan mudah diperolehi dalam bentuk cereal, bubur, biskut dan sebagainya. Ia mengandungi serat dan juga karbohidrat. Bagi bijirin dalam bentuk cereal mahupun snek pula ia mengandungi gula. Jadi kalau makan cereal setiap hari pagi dan petang, jangan marah kalau berat badan tak turun. Ini belum masuk lagi snek bijirin yang kita makan tak kira waktu. Bermacam2 bahan lagi yang kita tak tahu isi kandungannya.
Ingatkan makan bijirin tu boleh menurunkan berat badan, rupanya2 merugikan silap2 boleh kena kencing manis pulak kalau kita tidak kawal pengambilannya. Lepas nie kena betul2 faham apa kandungan2 yang terdapat dalam makanan kita. Kalau boleh lepas nie kena ambil bijirin yang original bukan yang telah diolah macam cereal atau roti bijirin dalam diet kita.
2. Buah Kurma
Buah kurma biasanya kita makan ketika kita ingin berbuka puasa dan juga diwaktu bersahur. Pengambilan juga sama seperti bijirin kerana ia penuh dengan serat. Ia juga mengandungi berbagai khasiat dan vitamin untuk kesihatan. Sama juga seperti bijirin, jika pengambilan kurma yang berlebihan boleh mengakibatkan kegemukkan.
Saya juga pernah baca, terdapat juga berbagai jenis buah yang perlu dielakkan ketika berdiet dan juga buah yang boleh diambil semasa diet. Antara buah yang perlu dielakkan ialah pisang, mangga, durian dan nenas kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi . Sementara itu buah kiwi dan lemon mengandungi kandungan gula yang rendah. Pisang........saya hantu pisang, macam mana nie........nanti difikirkan!!!!
3. Minyak Zaitun
Seperti yang kita selalu diberitahu, minyak zaitun adalah minyak yang sihat. Ia dikatakan dapat membantu mengawal kolesterol di dalam badan, mencegah penyakit barah, meningkatkan metabolisma dan juga membantu kawalan insulin. Walau bagaimanapun pengambilannya juga harus dikawal kerana ia juga berkalori.
4. Diet Coke / Coke Light
Minuman Diet? Serius......saya memang tak tahu kewujudan minuman ini sebab saya memang tak minat coke dan lagipun saya tak berapa gemar air bergas. Bagi penggemar coke tentu pernah minum air nie. Ia dikatakan tidak mengandungi gula tetapi diganti dengan pemanis tiruan.......macam mana tu? Tetapi ada yang menyatakan bahan pemanis itu memberi kesan negatif pada jangka masa panjang pada kesihatan kita. Hanya mereka yang pakar sahaja yang tahu, namanya pun dah pemanis.......apa2 je la janji saya tak suka, selamatttttt......
5. Sayur-sayuran
Memakan sayur-sayuran ketika berdiet amat2 lah digalakkan kerana ia mengandungi serat yang tinggi, terdapat juga pelbagai vitamin di dalamnya. Sayur menggemukkan? dah tentu lah tidak, tiada kawalan ketika memakan sayur. Berapa banyak pun kuantiti yang kita ambil, ia lebih memberi kebaikan pada kesihatan kita. Lebih2 lagi jika sayur itu dibuat ulam, bukan sahaja ia segar tetapi khasiatnya dapat terus dikekalkan.
Oleh kerana sayur mengandungi kalori yang rendah, pemgambilan diet yang lain juga perlu untuk memperolehi tenaga bagi melakukan sebarang kerja. SELAMAT BERDIET.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan