google
Selamat malam semua. Malam nie n3 berkisar tentang perjalanan kami ke selatan Johor pada 3 hari yang lalu. Ke mana destinasi kami kali ini?.......jeng jeng jeng......kami telah menjelajah hingga ke Teluk Ramunia di daerah Kota Tinggi iaitu Tanjung Sepang Beach Resort. Seriously!!! memang cantik tempat nie, memang sesuai kalau nak bersantai2 atau berBBQ dengan kaum keluarga.
google
Sepanjang tempat penginapan disediakan tempat BBQ, jadi tak ada masalah untuk berBBQ, tak payah nak gadoh2 na.......tempat BBQ comel je tapi ok la, cuma bawa barang basah sendiri jer, pasti meriah!!!!
Pantainya memang cantik sangat bila berombak besar tapi bila surut perrrhhhhh!!!!! airnya berlumut keruh, tapi saya geram tengok siput2 kat celah batu tu rasa macam nak ambil jer tapi takut nak turun kat air laut......macam terbayang2 ada hantu laut kat situ hehehe........
Masa nie dalam pukul 8 pagi, air surut. Nampak tak macam rumah kat atas bukit tu. Sekali pandang macam chalet tapi bila kami pergi terjah rupanya2 kawasan larangan daaa......nak masuk kena tahan, nasib tak kena tahan dengan orang kat situ hihihihi cepat2 u turn.......suka2 hati jer nak terjah2, kena sergah baru tauuuuu.....Kalau nak tau apa kat atas tu kena lah pergi terjah sendiri hihihi......
Ada buaian dan juga tempat berehat disediakan
Pergola pun ada juga....pilih jer nak berehat kat mana, jangan rebut2...
Ini ada satu keluarga cina sedang berBBQ untuk mereka bersarapan. Masa saya datang nie ramai bangsa cina. Masa nie keluarga yang lain tak bangun lagi jadi nampak satu family nie jer yang dah bangun. Bila malam bukan main meriah lagi saya tengok mereka berBBQ dengan tangan dengan mulut sekali hahaha.......kecohhhh!!
Kalau ada yang berminat nak datang disarankan buat BBQ lagi senang sebab nak cari kedai makan payah, kena pergi pekan tapi jauh dan tak ada pilihan pun.....makan tak besttttt!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan