Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 10 Disember 2013

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum



SEDAP!!!! Itu yang dapat saya gambarkan bila makan RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES ni. Nak buat pun senang jer. Brownies nie saya buat ahad lepas. Ini kali ke dua saya buat. Buat yang pertama dulu ada bawa balik rumah nak bagi mak dan adik2 rasa tapi dia orang semua lebih sukakan brownies yang biasa saya buat dulu tu. Dia orang tak nak red velvet walaupun kawan2 di opis cakap brownies yang ini sedap. Tapi memang sama sedap pun pada saya.

Untuk resepi dari Maz nie dapat sikit je, memang tak puas nak makan. Untuk kali kedua pun saya ikut resepi yang asal untuk tekak saya sorang je. Kalau kawan2 nak buat makan puas2 boleh gandakan resepinya. Memang brownies nie amat puas hati. Nak cuba, boleh silakan............


RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Resepi : MAZ Ilham Dapur 

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci)
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
Kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emolco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon

Cara
1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit. 
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara
1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan