Selamat Hari Raya Korban bagi semua umat islam seluruh dunia yang menyambutnya. Masih lagi dalam suasana beraya korbankan. Seronok tak dapat balik beraya di kampung? Mesti lah bestkan, sangat2 best bila dapat berkumpul adik beradik. Walau pun tidak semeriah Aidilfitri, tapi suasana hari raya itu tetap dirasai. Riuh rendah rumah mak rasa macam nak terbalik dah. Anak2 buah semuanya sama2 membesar, jadi tu yang kecoh jer lebih. Ada pulak mak2 saudara yang suka melayan, menjadi je lah semuanya.
Untuk makan2 di pagi raya, macam biasalah. Mesti ada ketupat @ nasi impit, ketupat palas dan juga lemang. Lauk pauk pulak ayam masak rendang, daging kari, ikan jaket masak sambal tumis. Sekali hadap je anak2 mak licinkan, so sape yang datang lambat dapat amik bau saja . Sape lagi saya le tu huhuhu!!!!! Tapi tak mengecewakan sebab petang tu adik masak daging sambal bali dan daging salai cili padi rebung. Perrrgghhhhh!!!!! terangkat punggung akibat kesedapan dan kepedasannya. Saya taler memang tak ingat sebab suami saya tak suka bau rebung jadi saya tak pernah masak rebung kat rumah. Kalau nak makan kena cari ler kat kedai area2 Melaka nie.
Menu saya untuk pagi raya tak dak cuma saya buatkan kek untuk mereka semua rasa. Macam biasa lah kalau berkumpul ramai2, saya akan buatkan kek dan kali ini saya buat Kek Keju Oreo dari blog ita masam manis. Macam biasa ler kan tempat rujukan saya yang utama tu hihihi........
Saya buat kali nie tak cukup pulak, al maklum ler askar ramai. Mungkin yang akan datang kena gandakan baru boleh makan puas2. Masing2 nak potong pun takut2 sebab kek sikit jer tapi biji mata yang menengoknya berpuluh2........ha amik kau, nasib le sape cepat dia dapat......tapi yang pastinya ownernya tak merasa :(
Kalau ada yang berkenan boleh cuba resepi nie.......saya share ye ita....
KEK KEJU OREO
Majalah Saji May 2012
Mula-mula sediakan kek span dahulu
KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amir
5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum - diayak
20 gm serbuk koko - diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega - dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C.
Sediakan loyang 8 inci.
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Campurkan gula, telur, ovelette, esen vanila, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan.
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna.
Tuang ke dalam acuan bulat 8 inci.
Bakar pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing) selama 35 minit atau sehingga kek di masak sempurna.
Sejukkan kek atas redai setelah masak. Potong kek kepada 3 lapisan.
*adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja. Kalau buat 1/2 adunan, telur guna gred B letak 3 biji.
KRIM KEJU
1 paket biskut oreo
250 gm krim keju - pada suhu bilik
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan putih - dicairkan
250 gm krim putar (non dairy whipping krim)
50 gm air
15 gm halal gelatin
1 sudu teh esen vanila
Larutkan gelatin dalam 50 gm air dan biarkan kembang.
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan.
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan.
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim. Pastikan krim keju pada suhu bilik.
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju.
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati.
Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau adunan sempurna.
Dalam bekas lain, pukul krim putar hingga gebu dan kental.
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi. Kaup balik adunan hingga rata.
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna.
Masukkan adunan ke dalam piping beg.
Potong kek span kepada 3 bahagian. Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek.
Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inci.
Masukkan kepingan kek span coklat di dasarnya.
Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika.
Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat. Susunkan kepingan biskut oreo diatasnya.
Tuangkan selapis lagi krim keju dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
Tuangkan lapisan terakhir dengan baki krim keju, ratakan permukaannya.
Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam. Keluarkan kek dari loyang.
Kemaskan tepinya - boleh guna spatula besi, celup dalam air panas dan lap kering. Ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
Hias kek mengikut kreativiti anda. Untuk step2 yang ita buat, boleh klik di sini.
* Untuk mendapatkan potongan kek keju yang kemas dan cantik! pastikan mata pisau di rendam ke dalam air panas terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memotong kek. Kalau boleh carilah mata pisau yang sedikit halus. Jangan lupa untuk mengelap mata pisau dengan kain kering selepas di rendam dalam air panas. Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan mata pisau di atas dapur. Selepas setiap potongan pastikan mata pisau sentiasa di lap supaya kek tidak comot ketika dipotong.
salam..
BalasPadammenawannya kek keju oreo tu..kalau dapat makan sepotong dua memang best..nyum2.
memang best pn Bbwana adienia tu yg tak cukup nak mkn......akak lg ler x dpt rasa pun hihihi
Padamsedapnya kek..
BalasPadamhari tu besday bulan lepas, bos dah belikan cheese kek oreo.. kat SR..
puas makan seminggu dok khatam makan sbb org lain tak bape layan cheese dalam umah ni kecuali saya ngan kinah.. hehehehe.. :)
kalo beli kt SR mmg x blh lawan JaSSNani, sedapnye x terkata......
Padamo0o0o0oo0o0oo0 ada blog tak cakap eh kak carey?. jimat eh?. hahahahahaha..
BalasPadamsape ye, akak dh cuba selidik tapi x pasti sape hhehe
PadamSalam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
BalasPadamCall : +6282214441280
+6282216270779
WhatsApp : +6282214441280
+6282216270779
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..
Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..
Salam sejahtera Tuan / Puan mohon maaf mau numpang promotion...Tuan/puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
BalasPadamCall : +6282214441280
+6282216270779
WhatsApp : +6282214441280
+6282216270779
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..
Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..