Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 20 Oktober 2013

GERMAN COOKIES

Assalamualaikum.....

Selamat petang........selamat beristirehat bersama keluarga di hujung2 minggu ini. Saya malas nak kemana2, lepak saja kat rumah sambil buat biskut. Ingat nak buat kek coklat tapi tekak nie macam nak makan biskut plak. Masa nak raya hari tu tak teringin pulak, baru sekarang nie pulak mengidamnya hihihi.........Biskut yang saya buat kali ini German Cookies. Memang sedap biskut nie, cair di mulut cuma ia agak peroi sikit tapi tetap sedapppppp!!!!!


Masa Aidilfitri yang lepas ada buat tapi tak sempat nak update kat blog. Kali ini saya buat separuh jer dari resepi nie. Saja2 nak makan nanti teringat2 pulak, dah ler esok nak gerak ke Bandung. Kalau ikutkan nafsu nie macam2 nak makan, maklum ler baru baik dari sakit. Dua tiga bulan nie asyik demam saja tak sedap badan. Dah check darah, Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, darah, jantung , hati.......semuanya baik2 belaka. Tahun depan baru ambil darah semula, sebagai rutin le pulak lepas nie untuk kebaikan. Bila usia dah meningkat nie macam2 yang tak terduga jadi kenalah beringatkan.......Semoga dikurnia kesihatan yang baik sentiasa AMINNNNN........ 

Berbalik semula kepada n3 kita, bagi yang belum pernah merasa biskut nie boleh lah cuba. Nak membuatnya pun senang dan cepat, yang penting sedap!!!!!!! Jom kita buat.........


GERMAN COOKIES
Resepi : Chef Florence
Rujukan : Citarasawan

Bahan-bahan :
250 gm mentega
100 gm gula icing
250 gm tepung kentang
100 gm tepung gandum
1 biji putih telur - K1 tambah supaya biskut tak terlalu peroi

Hiasan : Sugar Colours

Cara-cara :
1. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan .
2. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim ( pukul sebati jer saya), masukkan putih telur dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata. Rehatkan selama 15 minit .
4. Ambil doh sebesar ibu jari (10 gm) bulatkan dan golekkan bahagian tepinya dengan sugar colour (gula berwarna) atau hiasan lain yang disukai. Gunakan spatula untuk membuat bentuk diamond diatasnya. (saya buat kecil2 jer dalam 5 gm) .
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit.





3 ulasan:

  1. salam kak..

    wah, rajinnya mengukis kak..hihi..bila tekak tu rasa teringin..memang tidak boleh tidak..kena capaikan juga keiinginan tu sampai dapat kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.....tau x pe Bbwana adienia, nk beli x jaul plak......

      Padam
  2. Salam sejahtera Tuan / Puan, semoga Tuan / Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin)... kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung / Jakarta. Buan Tuan / Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung / Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    Call : +6281220375375
    WhatsApp : +6281220375375
    Email : bogalakontur@yahoo.com
    blog : http://paketjimatbandung.blogspot.co.id/

    kami pun menyediakan paket-paket yang sangat murah :

    paket+hotel+transport = 4D3N 235 RM
    paket+hotel+transport = 3D2N 165 RM

    paket makan+hotel+transport 4D3N = 450 RM
    paket makan+hotel+transport 3D2N = 375 RM (makan siang dan makan malam)


    paket makan+hotel+transport+tiket lawatan 4D3N = 550 RM
    (tiket lawatan gunung tangkuban perahu, kawah putih, Flooting market, kebun strawberry)

    kami berikan layanan dan hotel yang terbaik hotel berbintang, dan kami pun memberikan layanan paket berupa makan ditempat restoran yang bersih, lezat, yang paling utama makanan Halal.

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan hotel berbintang..
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Bogalakon Tour Bandung... (Insya Alloh) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Terima Kasih...

    BalasPadam