Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 26 Julai 2012

BIHUN GORENG CILI API

Assalamualaikum.........


Selamat malam semua. Apa menu berbuka hari ini, mesti best2 kan. Saya cuma berbuka Bihun Goreng Cili Api. Itu sahaja yang sempat saya buat lepas balik kerja petang tadi. Tapi yang sebenarnya saya memang tak makan nasi dah 4 hari, Alhamdulillah dapat gak turun badan saya dalam 3 kg....yuuuhuuu...BERJAYA nampaknya.....^_^. Waktu sahur pulak, saya cuma minum Banana Smoothie, secawan oat, air manis dan air kosong, Alhamdulillah saya dapat bertahan hingga ke waktunya. Syukurrrr.......


Saya memang berazam start puasa nak ber'diet'. Bulan puasa saya memang boleh turun berat badan sebab, dalam bulan puasa nie saya jarang makan nasi. Saya lebih suka makan kuih sahaja, roti @pun apa2 yang boleh dimakan, tapi kalau kena lauk mak saya.....memang tak tolak lerr...huhu....Semoga saya dapat mempertahankannya hingga berat saya kembali macam dulu.....

Tapi yang kelakarnya ada pulak orang yang nak tiru saya berbuka, tak nak makan nasi...hahaha...sebok je kan.....tapi sahur dia nak makan nasi nanti lapar katanya...hihihi....Jeles sungguh, orang nak ber'diet' dia pun nak juga...hahaha...sabar je la melayannya....


BIHUN GORENG CILI API

Bahan2 :
1/2 bungkus bihun - rendam bagi lembut
Isi ayam - ikut suka nak banyak mana - potong kecil
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
Segenggam ikan bilis* - boleh ganti udang kering
10 biji cili api* (* tumbuk hingga lumat)
2 biji telur
Garam
sedikit air - cukup untuk melembutkan bihun semasa goreng
Kobis
Sawi
Taugeh


Cara2 :
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. masukkan ayam dan kacau hingga ayam masak. Kemudian masuk telur dan biarkan telur hampir masak seketika baru dikacau. (saya suka telur tu berkeping2 saja).
3. Kemudian masukkan garam dan air, biar seketika hingga ayam betul2 masak.
4. Masukkan bihun dan kacau sebati hingga bihun lembut dan sebati dengan rencah tumis.
5. Setelah air hampir kering, masuk sayur sawi. Kacau hingga sawi agak layu. Kemudian baru masukkan kobis dan taugeh. Kacau seketika dan angkat. 


ada 2 versi....satu bersayur dan satu tanpa sayur untuk che abang kita yang tak makan sayur......ishhhhh!!!





Sabtu, 21 Julai 2012

KELEBIHAN TARAWIH - HADIS PALSU

Assalamualaikum.......

Di pagi ini saya ingin berkongsi dengan kawan2 semua mengenai satu Hadith Palsu. Benda nie dah lama tersebar sebenarnya. Semasa zaman persekolahan saya lagi perkara2 ini telah disebarkan dan saya ingat lagi sampai ke hari ini antara bait2 hadith itu, tak semua la..... Suatu masa dulu saya pun antara mereka2 yang amat teruja bila membacanya kelebihan2 Tarawih yang dinyatakan dari malam pertama hingga ke malam terakhir.

Kalau mereka2 yang senasib dengan saya dan masih belum tahu akan kebenarannya, memang amat menakutkan kerana Hadith itu tidak sahih. Jika kita terus menerus menyebarkan perkara2 yang tidak benar, maka kita akan mendapat dosa besar di sisi Allah SWT kerana berdusta atas Rasullullah SAW.


Antara kenyataan palsu yang dinyatakan oleh Hadith tersebut ialah : 

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Boleh klik sini untuk maklumat selanjutnya. Dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini juga ye....banyak yang dikongsikan oleh Ummu Hurairah di sini. Terima kasih Ummu atas perkongsian ini. Akak nak share kat sini pulak untuk teman2 yang lain.

Sepertimana yang telah diperkatakan , Hadith Maudhu' BUKAN DARIPADA NABI MUHAMMAD SAW'. Sesiapa yang menyatakan sebaliknya maka dia telah berduta di atas Baginda SAW. Ini merupakan dosa besar yang amat besar di sisi Allah SWT dan RasulNya..


Sabda Rasulullah saw: 

"مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوأُ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار" 
"Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka. " (Muttafaqun 'alaih = riwayat Imam Bukhori & Imam Muslim)

Hadith Maudhu' hukumnya ditolak dan membacanya adalah Haram. 

Semoga kita tidak di dalam golongan orang2 yang munafik....Moga ibadah puasa ku dan tarawihku akan diterima oleh Allah SWT....Aminnnnn







ER6N VS JCM 70CC....BERANI KE..?

Assalamualaikum........

Selamat pagi....selamat menjalani ibadah puasa hari nie.  Apabila tiba bulan puasa....alamatnya dapur tak berasap le sebulan kecuali waktu cuti ye.... Sedangkan waktu tak puasa pun malas nak masak, inikan pulak waktu puasa.....memang kalau bulan puasa selalu beli kt Baazar Ramadhan jer...Beli sahaja sebab makan tak banyak, berdua sajer kan. Kadang2 tu beli sekor ikan pun sampai bawak ke sahur, itupun kalau habis le.....Adakah di bulan puasa ini boleh kurusss semula...InsyaAllah, cayok!!! cayok!!!!hahaha semangat.....lalala....



N3 kali ini bukanlah nak cerita pasal berbuka, cuma nak kongsi satu minat. Minat yang masih tak terlaksana2 hingga kini. Apanye tu?...Susah sangat tu kenapa?Hahaha.... tak de la susah mane cuma keadaan yang tak mengizinkan. Memang le....sebab tak mampu nak beli..huhu.....Sekarang nie tengah kecek2 che abang, pujuk dia beli motorbike sebiji......agak2 dapat tak....mmmmm!!!

Ada ke kawan2 saya yang berminat pada Motorbike? Saya minat pada motor2 besar nie lama dah. Bonceng!!!! jarang2 dapat naik motor besar abang2 tak de yang beli...hihihi. Kalau ada kawan2 abang yang datang rumah bawak motor besar, saya apa lagi asyik dok usha je. Bila bagi isyarat kat abang dia pun muka tak malu minta pinjam....hihihi.....Rasanya kalau abang saya ada beli....kompem adik dia nie asyik ajak jalan2 je...sabar je la kan....


ER6N.....yang nie tak besar sangat tapi saya suka....

ER6N nie motor kawasaki bagi tahun 2012. Masa pergi survey semalam dengan che abang kat Bukit Baru Melaka, tiba2 terpandang kan motor nie. Apalagi terus ler terrrrminat!!! Harga dalam RM33K belum masuk on the road lagi kot....lupa pulak nak tanya. Motor ER6N nie tak besar sangat, kalau bonceng tak ler terasa sakit belakang....berangan nak jalan2 satu malaya. 

Kalau dapat sebijik nie maunya tak tidur malam dibuatnya. Mesti malam2 dia dok tidur kat dalam rumah, selimutkan baik2....hehe. Kalau pergi kerja mesti dok miss2 kat dia....huahua.....berangannnn jer.. Kalau che abang jadi beli, dia cakap nak bawak motor nie pergi kerja.....huhu...tentu kawan2 dia yang akan naik.....ini tak adill!!!!!!!


pandangan dari depan macam motor cup je.....

Masa tengok motor nie kat kedai, nampak ada 2 biji.....satu yang baru dan satu yang 2nd. Harga beza RM1k jer sebab yang 2nd tu kata orang kedai tu, baru pakai 4 bulan. 4 bulan? mmmm....baru 4 bulan guna kenapa dah tak nak. Ada banyak masalah ke motor tu? atau tuannya yang bermasalah? Bila di pikir2 balik macam takut je nak beli tapi nakkkk...


Gambar tak elok pulak. Yang kat luar tu 2nd....yang dok kat dalam tu baru punya. Kalau nak tengok gambar motor nie yang lebih cantik dan menarik boleh pergi kat sini , mesti syok punya....Nak tengok motorbike yang lain2 pun banyak juga, jom ke sini.....cepat pilih2....







Yang ini pulak JCM 70cc. Kecik jer....geram pulak tengoknya. Harga kalau tak silap dengar, pakcik tu cakap dalam RM2k jer. Ada pulak member yang terbekenan motor jenis mini nie. Buat ronda2 kat taman ke kat kampung ke boleh la. bawa anak2....tak pun anak2 yang bawa. Comel sesangat motor nie.....


baru nak melabuhkan punggung che abang dah snap....bukan takut2 ye tapi pakcik tu yang takut...tersingai jer dia bila tengok debam nak duduk atas motor tu.......bila tengok pic nie, alahaiiii...gemuknyaa......diettt!!!diett!!diett!!! tunggu lepas raya nanti dan kita tengok hasilnya...hihi


Jumaat, 20 Julai 2012

FADHILAT BERSAHUR DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum......


Esok puasa semua....jangan lupa bangun makan sahur pagi esok. Kejap lagi saya nak masak lauk, jadi esok sahur masak nasi saja. Siap awal2 takut tak sempat. Masak yang simple2 jer ikut selera che abang. Benda yang bergoreng2 je le jawabnye....yang pasti tanpa sayur...huhuhu.....

Sempena nak bersahur pagi besok...nie ada kelebihan2 bagi orang yang bersahur yang ingin saya kongsikan.

FADHILAT BERSAHUR DI BULAN RAMADHAN

Hadis Anas r.a. katanya :
Rasulullah SAW bersabda : 'Hendakalah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
nombor Hadith dalam Sahih Muslim :1835

Hadis Zaid Bin Thabit r.a. katanya :
'Kami pernah bersahur dengan Rasulullah SAW. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya : " Berapakah selang waktu di antara keduanya?". Baginda menjawab: "Kira2 bacaan 50 ayat".
no Hadith dalam Sahih Muslim :1837

Hadis Sahl bin Saad r.a  berkata :
Rasulullah SAW telah bersabda: ' Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa'.
no Hadith dalam Sahih Muslim :1838

Doa Niat Puasa Ramadhan

ehsan dari muslikhulazam


Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Nawaitu shouma ghodin ‘an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta ‘aala.
Artinya :Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berniat puasa esok hari menunaikan kewajiban Ramadhan tahun ini karena Allah Ta’ala



PENGAJARAN HADIS
1. Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.
2. Jarak yang paling afdal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat Al-Quran 
3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli kitab ialah dengan makan sahur 
4. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 min sebelum  laungan azan subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran
5. Mengantuk & letih tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yg berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa, disamping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah s.w.t. akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
6. Pengambilan makanan sahur adalah titik yg membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
7. Waktu sahur adalah waktu yg paling mustajab untuk berdoa kepada Allah swt
8. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur.  Memadai dalam anggaran yg secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yg terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.