Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 12 Julai 2017

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum
Masih juga lagi akak nak tayang biskut raya. Jangan marah ye........
Kali ini akak nak post resepi biskut raya yang diberi nama Red Pearl Cookies. Akak dah buat dan akak rasa biskut nie sedap sangat cuma manis sikit. Next time kalau nak buat akak nak kurangkan gula sedikit sebab akak nie memang alah kalau benda manis-manis rasa macam nak pitam hehehe...........


Masa akak cuba search cari resepi cornflakes, banyak pula akak tengok biskut nie yang keluar. Nampak cantik dan nama biskut pun glamour gitu........Resepi asal dari blog cendana kasih, lepas tu melarat pula pada kak wan, zack, ita dan ramai lagi la yang dah mencuba. Rata-rata semua cakap biskut nie sedap, tu yang buat akak tertarik nak cuba. Nak membuatnya amat mudah, gaul-gaul bakar dah siap lepas tu ngap...ngap....lepas tu biskut pun habis dan akak pun buat lagi hehe.......


Akak buat biskut macam biasa lah, buat tak banyak. Bukan buat tak banyak ikut juga 1 adunan resepi tapi akak banyak agih-agihkan jadi tinggal untuk akak satu bekas kecik jer. Nanti ada sambutan raya kat opis akak nak buat biskut nie bagi kawan2 rasa, Insya Allah moga dipermudahkanNya..........Kalau ada yang anaknya suka makan biskut cornflakes, ini salah satu cookies yang boleh dibuat dan pasti anak-anak suka. Buat biskut nie dengan anak-anak pun ok juga sebab mudah, anak-anak pun boleh buat sendiri. Bagi anak-anak atau mak budak yang baru belajar buat biskut, cuba biskut nie dulu ye pasti jadi......

Jom tengok resepinya........


RED PEARL COOKIES
Resepi : Cendana Kasih
Rujukan : masam manis

Bahan-bahan
150gm butter
150gm tepung gandum
75 gm gula halus @ gula kastor - lain kali akak nk kurangkan ke 65gm jer
60gm cornflakes
50 gm coklat cip
25gm almond nibs
1 sudu teh esen vanila
ceri merah - dihiris halus dan memanjang

1. Satukan butter dan gula. Gaul dengan menggunakan senduk kayu hingga sebati. Tak perlu sampai kembang, jika terlebih pukul biskut akan jadi kembang dan leper selepas di bakar.
2. Masukkan tepung dan gaul rata. 
3. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanila dan gaul rata.
4. Sudukan atas dulang pembakar. 
5. Buag ceri di potong panjang atau dadu. Letakkan di atas adunan tadi.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu170C. Bakar biskut selama 20-25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing.
7. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan