Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 19 September 2012

CROCHET 6

Assalamualaikum........

Selamat malam semua. Buat apa tu kawan2? Bersantai2 nampak. Bagaimana dengan menu malam nie? Pasti best2 kan. Makan malam saya hanyalah cucur ikan bilis. Che abang teringin pulak nak makan ......layan kan ajer lerrrr...

N3 saya malam nie adalah, alas meja yang telah siap saya kait sepanjang bulan puasa yang lalu. Dah 2 bulan baru semalam siap. Ingat nak buat meja makan tapi...nanti2 lah, kita buat meja komputer dulu. Projek crochet yang akan datang baru buat alas meja makan @ tv @ apa2 je lah yang terlintas nak buat. 




ini adalah corak yang pertama



ini adalah corak yang ke 2


buat rangkaian disetiap tepi corak sebelum dicantumkan....yang sebelum no 1 tu la...


ini antara permulaan yang perlu dibuat untuk mencantumkan setiap corak.....


setelah semua corak telah habis dicantum.....baru buat corak dikeseluruhan tepi bermula dari no 1 hingga no 9......dah siap


bahagian bucu crochet


corak setelah dicantum 4 corak 



gambar alas meja asal dalam buku





Isnin, 17 September 2012

KEK MENTEGA

Assalamualaikum......

Salam tengahari. Selamat bercuti buat semua warga Malaysia. Salam Hari Malaysia. 


Apa aktiviti hari nie? Dah 2 hari bercuti dan dah puas merayau2 so hari nie nak balik rumah mak nak luruskan badan sambil sembang2 dengan mak. Semenjak balik dari Perak hari tu belum balik lagi rumah mak mesti dia nak tahu pasal Arwah Abang Di . Almaklumlah  di saat akhir Syawal nie banyak pulak terima jemputan Rumah Terbuka jauh nunnnn di Shah Alam.  


Sebagai buah tangan untuk mak, saya buat kek mentega....siap dengan deco sekali. Deco yang pertama saya buat dengan merujuk Buku Panduan Asas Menghias Kek oleh Zati D'Hati. Bila kawan2 kat Blog/FB bagi cadangan supaya beli buku nie, saya apalagi pergi cari la. Bila tengok buku tu memang best, banyak yang boleh dipelajari bagi orang macam saya yang memang tak pandai dan tiada asas mendeco.


KEK MENTEGA
Sumber: Buku Panduan Asas Menghias Kek

Bahan2 :
250 gm mentega
200 gm gula kastor
250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
4 sudu besar susu cair 
1 1/2 sudu tek esen vanila

Cara2:
1. Pukul mentega dan gula hingga benar2 ringan.
2. Masuk telur sebiji demi sebiji.
3. Kemudian masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair, dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung. Guna senduk kayu atau scrapper adalah lebih baik untuk mengacau adunan ini.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser dan dialas kertas. Goyangkan.
6. Letak loyang adunan di atas rak tengah ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga masak.


 KRIM MENTEGA

400 gm krimwell
100 gm mentega
200 gm gula icing - boleh tambah lagi jika suka manis
1 sudu teh esen vanila

- Pukul krimwell, mentega hingga sebati. Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga krim betul2 licin (bila sentuh tidak terasa kesat gula). Masukkan esen vanila dan pukul sebati. Sudah boleh digunakan. 



tepi kek masih tidak kemas lagi, krim mentega nie macam lembik sikit mungkin sebab butter tu dah lembik kot atau terlebih butter......terlentok je semua daun2 tu 


bunga pun tak berapa menjadi dan tak tersusun elok sebab tak tau nak dimulakan dari mana, tepi dulu ke tengah dulu....tu yang ada lompong sikit...... 


jemput tengok ye kawan2 yang sudi tengok tu.... 


Ada siapa2 yang teringin ke? kalo nak sila buat sendiri ye, yang ini untuk mak saya sahaja....lalalala




Rabu, 12 September 2012

AL-FATIHAH.....ABANG DI DALAM KENANGAN

Assalamualaikum.......


Salam buat semua. Pejam celik pejam celik dah nak berakhir Syawal tahun ini. Syawal tahun ini memberi sedikit kesedihan pada keluarga mertuaku bila abang ipar ku, anak yang sulung dalam keluarga telah kembali ke rahmatullah pada malam sabtu lepas kerana kencing manis. Arwah meninggalkan isteri dan 3 orang anak yang baru berusia 7 tahun, 3 tahun dan 2 bulan.

Semoga mak dan bapa mertua ku akan tetap tabah menghadapinya. Memang arwah along @ lebih mesra denga sapaan abang Di ada kencing manis tapi kematiannya mungkin disebabkan akibat demam yang berpanjangan sepanjang bulan Ramadhan lalu hingga ke akhir hayatnya. 


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya .....Aminnnnnn




Rabu, 29 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Assalamualaikum.......

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Dzahir Dan Batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia teristimewa buat suamiku yang tercinta, keluarga ku yang tersayang dan juga saudara mara serta sahabat2 sekelian. Harap2 belum terlewat untuk memberi ucapan raya kali ini.....maklum le baru ni diberi kesempatan untuk melawat blog saya nie. 

Terima kasih juga atas ucapan dari kawan2 fb yang sudi mengutus kad ucapan hari raya buat saya. Terima kasih atas ingatan yang ikhlas. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf dari dzahir dan batin pada semua rakan2 dialam maya mahupun di alam nyata. Maafkan atas salah silapku selama ini samada secara sedar ataupun tidak . Semoga uhkwah kita akan berkekalan terpelihara....


terima kasih ayu......anak lagi besar dari maknya, hihi


terima kasih Qaseyhoney......antara kawan blogger yang saya sangat senangi..... Selamat Hari Raya


terima kasih Ady atas kad ucapan........Selamat Hari Raya buat Ady dan keluarga