Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 11 Mei 2017

AGAR-AGAR SANTAN

Assalamualaikum
Hujan tak hari nie? Kat Sagil nie seminggu nie gelap jer tapi tak hujan. Tapi balik nanti, bila nak sampai Melaka bersiap sedialah. Hujan belum turun lagi tapi petir dah berdentum2 kat langit. Malam tadi hujan semalaman sampai pagi. Walaupun hujan tapi bangun pagi air tak berapa nak sejuk, sejuk2 gitu jer. Kalau sebelum nie, kata orang melaka 'menggelatuk' nak mandi. Keluar bilik air jer bibir dah lebam. Mungkin sekarang nie walaupun kat luar gelap macam tanda nak hujan tapi duduk dalam rumah tetap rasa membahang.
Semalam cuti sempena Wesak Day, sempatlah akak buat agar2 santan. Walaupun pucat lesi tapi rasa tetap ada. Rupa pucat tu sebab akak guna gula perang. Resepi asal agar2 santan gula merah dari dapur kak yatie. Bukan saje2 akak buat guna gula perang tapi dekat rumah akak tak ada stok gula merah ataupun gula nipah atau pun seangkatan dengannya. Kalau guna gula merah, rasanya mesti lagi ummmppphhhhh........kannn. Tapi tak apa, resepi kak yatie apa2 pun tetap sedap.

Akak buat dapat banyak tu jer la. Bagi jiran rasa sikit, dapatlah akak dengan suami makan sikit merasa. Kalau nak makan puas dan edarkan ke jiran2 sebelah, kena lah lebihkan resepinya. Akak memang suka agar2, dapat2 pulak baru keluar dari peti sejuk......memang layan......

Inilah makan malam akak malam nie bersama sebiji buah epal hijau. Misi diet akak baru bermula. Harap2 berjaya dengan sokongan diri sendiri hehe.............Bila akak dah berjaya nanti akak share ye amalam diet akak. Ada sape2 yang nak resepi, boleh tengok resepi kat bawah nie, akak salin semula untuk rujukan.......

AGAR-AGAR SANTAN
(Resepi asal AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH)

Bahan-bahan:
10gm serbuk agar2
1/2 cawan gula merah- akak guna gula perang
1/4 cawan gula pasir
1150 ml air
120 ml air + 100ml santan kara
1 biji telur - di pukul dengan santan
Garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Masak air dengan gula dan daun pandan. Setelah gula larut, tapis.
2. Bila gula sudah larut, masukkan agar-agar dan kacau sehingga semuanya larut. Kecilkan api
3. Kemudian tuang campuran santan dan telur, garam dan kacau sehingga mendidih.
4. Tuang ke dalam acuan.
5. Sejukkan baru didinginkan di dalam peti sejuk.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan