Alhamdulillah, dapat juga bersantai2 bersama adik2 dan anak2 buah, main bowling di MIBC MITC Melaka. Dah lama nak main bowling dengan dia orang, akhirnya plan kali ini berjaya juga akak join. Kalau tidak tak pernah nak dapat peluang, selalunya ada sahaja halangan. Plan akak kali ini berjaya juga lah.
Plan kali ini sempena meraikan kejayaan kaklong Syirah sempena konvokesyennya semalam. Tahniah kaklong, lepas nie boleh sambung master plak. Jangan tunggu2 lagi bila peluang sampai. Pasal jodoh, nanti2 ada la tu.......semua tu kan perancangan Allah.
Semoga kaklong Syirah dibawah rahmat Allah S.W.T. selama2nya. Doa juga buat arwah ibu.......Tahniah juga buat kak long Jedah dan juga Nana atas kejayaan masing2 dengan result yang gempak. Semoga semuanya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Ada rezeki, kita main lagi. Main sampai puas, sampai pandai.....konon2 la hehehe.......
Nampaknya akak dapat jugak menang. Setahun sekali main, dapat point macam nie rasa kembang pulak akak hehehe. Agaknya kalau akak main tiap2 minggu mesti akak jadi pro hahaha.......terperasan sekejap. Apa yang penting, dapat happy kan semua orang ok lah. Next time orang lain yang nak join tu akan dialu2kan bagi meramaikan majlis katanya....^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan