Baru balik dari kursus di Pulau Redang, Terengganu. Buat snorkeling tak berhenti2, dengan takut lagi, seram bagai. Macam2 rasa yang datang, letih satu badan. Kepala pun macam berat jer, rasa mabuk laut mabuk darat tak hilang2 lagi. Hari nie dah mula kerja.
Penat2 juga tapi nak sambung balik cerita pasal ke Korea. Lepas nie baru nak kongsi pengalaman snorkeling di Pulau Redang pulak. Kita habiskan dulu cerita Korea yang tertangguh ye....... Untuk hari yang ke 4 perjalanan, kami ke Pine Tree Centre, Korean Cosmetic Duty-Free Shop, Donghwa Dutyfree Department Store, Nandaemun Street Market & Myeong-dong Fashion Street.
1. Pine Tree Centre
Di sini kami di beri penerangan kebaikan Red Pine. Kebaikannya dapat melancarkan peredaran darah yang tersumbat akibat lemak2 yang dah bersarang dalam tubuh kita. Dia mencairkan lemak2 yang dah tepu gitu........ini boleh menghindarkan kita dari kena serangan jantung dan stroke yang menjadi musuh utama kita. Saya memang nak beli tapi mahal banget sih..........enggak cukup ongkosnya hehehe.......Tak pe lah, banyak cara kita boleh guna kan untuk kesihatan kita.
Dia bagi penerangan bagaimana circle darah kita sebelum dan selepas penggunaan minyak pine nie. Memang nampak perubahan yang berlaku. Tak apalah tak ada rezeki nak beli. Nampak tak tu adik yang pakai tudung tu, yang hitam manis tu. Orang Malaysia tu kerja kat sini. Tak sempat nak beramah mesra, masing2 kalut nak keluar cepat.
2. Korean Cosmetic Dutyfree Shop
Kali ini kami ke pusat kecantikan pulak. Semua nampak ceria membeli belah kat sini. Hingar bingar masing2, group saya la yang paling kemaruk nak membeli sampai group yang lagi satu datang bertanya kenapa? kenapa? hehehe..........
Di sini pun ada disediakan untuk yang nak cantik sangat2......botox!!!! memang tak ler kan nak buat. Ada nanti suami saya cungkil bagi keluar hihihi........
Ini sahaja barang yang dapat saya rembat. $$$$$$.....habis terus, yang lain2 barang harap dilupakan sahaja la. Memang tak ada rezeki lebih nak shopping kat Korea nie. Che abang nak bagi kad tapi tak nak lah, nanti tak ingat dunia pulak nak membeli. Bagi saya, sesiapa yang nak datang sini, memang kena bawa duit lebih sikit untuk membeli. Saya memang tak berniat nak membeli sebab duit dah pergi kot lain huhuhu.............
Makan tengahari kami di Muslim Restaurant. Ini kawasan laluan menuju ke Masjid Seoul. Kawasan nie memang banyak kedai muslim, jadi tak susah untuk kita dapatkan makanan halal.
Selepas itu kami melawat ke rumah contoh orang Korea. Tak ingat kat mana, lupa nak tulis sebab tak ada dalam senarai lawatan. Ramai sangat manusia kat sini.
Dalam perjalanan ke kawasan rumah contoh, ada satu persembahan dari anak2 muda Korea. Tengok tu, dia punya lompatan terjerit2 semua orang. Memang terbaik adik2 nie. Rasanya nie budak2 sekolah nie........
Cuci mata kejap, comel x? comel kan........ke mana2 sepanjang perjalanan di Korea, memang ramai yang bersantai2 dengan anjing peliharaan masing2. Comel2, geram tengoknya........
Ini rumah contoh orang Korea. Cantik binaannya.......
3. Donghwa Dutyfree Department Store
Di sini, macam2 ada........banyak benda boleh beli tapi disebabkan rm dah yelek.......maka cuci mata sahaja yang lebih. Periuk belanga, barang2 yang jual kat go shop murah2 belaka kat sini. Sakit hati jer tengok harga2nya.........sabar2......ingat suami kat rumah hehehe........tak de kena mengenakan hahaha........
Kali ini kami cuci mata di tempat macam kat Petaling Street pulak. Tapi banyak jual makanan dan baju2 untuk musim sejuk. Tengok jer tak beli. Kalau nak beli pun tak ada saiz huhu.......orang Korea nie kudut2 jer gamaknya........semua baju sesak nafas jer hihihi........
Dah puas cuci mata kami makan malam di Restoran Turki, di area Restoran Muslim tadi. Sempat lagi sambut birthday member dalam group kami. Lepas tu terus balik tidurrr........tapi sebelum tido tu kami shopping kat dalam bilik bos, pesta kerongsang sebab tak sempat nak shopping keronsang kat luar. Orang tu datang kat hotel penginapan kami.
Esoknya, perjalanan balik ke airport kami makan dulu di Restoran Korea. Ini kira makan kami yang terakhir lah sepanjang di korea. Semua seafood jer, tak habis kami makan sebab banyak sangat ikannya. Semua dah tak lalu kot sebab dah rindu nak balik.......Lepas makan kami singgah pula di Korean Product Dutyfree Shop. Kedai nie dah hampir dengan airport, jadi ada barang yang agak mahal dan ada juga yang murah. Tapi rasanya banyak yang mahal.......
Cukuplah setakat ini perjalanan kami di Korea. Kami transit di Ho Chi Minh, Vietnam. Kami menginap di Blessing 1 Hotel. Depan hotel nie ada pasar malam, sempat la kami pergi shopping baju, tudung dan telekung. Murah2 belaka........yang pasti rm pun boleh..........kami tidur 1 malam dan besoknya dah balik ke KLIA. Berakhirlah perjalanan kami di Korea, selamat semua........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan