Ok, hari nie kita sambung lagi sembang pasal Korea nie ye hehehe.........untuk simpanan memori di Korea, sebagai kenang2an melawat negara orang. Next time kalau nak pergi sendiri dengan kawan2 dah boleh ler pilih tempat2 menarik yang boleh dijelajahi, itu pun kalau menjadi nak pergi secara backpackers, konon2....... Tapi tak semua tempat ler boleh pergi sebab jauh2 perjalanannya.
Perjalanan hari ke dua kami kali ini adalah ke Nami Island dan Mt. Sorak National Park. Bila sebut Nami Island masing2 dah tersenyum2. Ye la kan, kat situ lah dulu salah satu tempat yang menarik semasa cerita Winter Sonata ditayangkan. Kalau pelancong datang ke Korea memang tak sah kalau tak menyinggah di Nami Island.
1. Nami Island
Perjalanan untuk ke Nami Island boleh dengan menaiki feri ataupun nak adventure sikit, flying fox. Nak ke pulau pun lebih kurang dalam 10 minit jer tapi untuk tunggu turn tu memang beratur panjang berjela2. Memang ramai sangat2. Nampak tak tu yang buat flying fox memang tak ramai tapi sentiasa ada yang buat aktiviti tu. Memang sentiasa nampak burung terbang melayang depan mata hihihi..........
Sampai2 jer nampak laluan pejalan kaki. Kalau masa musim Autmn atau pun winter, mesti cantik laluan nie. Sejuk mata memandang........musim panas pun dah nampak menarik. Kalau ada rezeki nanti nak datang dengan suami pulak, pergi masa musim winter baru nak bermula........mesti best......^__^
Nampak tak bendera mana tu.......^__^......bangga tak? bangga lah kan, bendera negara Malaysia ada di Nami Island huahua........
Yang ini pulak patung ais yang dipakaikan baju kebangsaan..........bukan patung ais betul tau........
Ini pulak, tugu peringatan sebagai penghargaan terhadap hero dan heroin cerita Winter Sonata yang menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia suatu masa dahulu. Ini antara kenangan2 terindah winter sonata dan diabadikan di pulau ini. Kat cafe pun banyak juga tapi segan nak snap, malu takut kena tegur hihihi.........
Cantik tak lorong di laluan pokok2 nie? Musim summer pun nampak menawan, kalau musim winter mesti sejuk mata memandang, memutih jer sepanjang lorong tu.........alahaiiiiii.......rasa macam nak datang lagi jer. Datang dengan che abang mesti romantik gitu......aummmm!!!! hehehehe........kalau musin autmn pun mesti cantik jugakan.......mmmmmm........
Sudah tiba masa untuk pulang, untuk pergi ke destinasi yang seterusnya.....Mt Sorak. Ramaikan umat manusia........yang datang melancong ke Korea, Nami Island destinasi wajib dikunjungi.......mesti!!!!!
2. Mt Sorak National Park
Memang jauh nak datang ke Mt Sorak nie, dengan sesak lagi nak naik ke atas bukit. Dah sampai di atas, kena tunggu turn pulak untuk naik ke Mount Sorak dengan naik cable car. Nampak tak gambar atas tu, sayup mata memandang begitu juga sayupnye rasa hati saya.........huhuhu.......kuatkan hati kuatkan semangat. Memang dalam mimpi ler naik cable car nie.
Kat Langkawi pun tak nak naik, sanggup pergi tempat lain cuci2 mata walaupun sorang2. Tapi kat sini terpaksa redah sebab saya nie gayat sikit, mabuk......... Bila fikir dah kena tinggal sorang kat bawah, memang tak ler.......keraskan hati join jer semua orang. Tapi bila dah bergerak ke atas, alahai..........x de apa2 rasa pun cuma rasa gayat jer tapi saya pandangan sehala jer, pandang puncak bukit jer sampai ler dekat hentian cable car.......lega.......hihihi
Pemandangan bawah puncak, sayupppp.........rasa badan melayang2 ke bawah hehehe.......gayat tak hilang2 lagi rupanya.Minta kawan snap gambar cepat2 sebab tak boleh nak tengok lama. Mata pun dok hala ke depan jer, tembus sampai ke Malaysia gamaknya hahaha...........tapi kami tak lama di atas, dah kena turun sebab dah gelap.
Dah duduk dalam bas, saya tidur jer sampai ler ke Korean Seafood Restaurant untuk makan malam. Selepas makan kami check in pula di IIsung Seorak Condominium.Tak sempat nak snap hotel, dah letih sangat2. Ok nanti sambung pulak untuk hari yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan