Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 27 Mei 2016

CUCUR UDANG RANGUP

Assalamualaikum
Image result for ucapan salam jumaat
Salam Jumaat buat semua Muslimin dan Muslimat. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih diberkati oleh Allah SWT di atas apa jua yang kita lakukan 

Bagaimana hari ini? Dah bersarapan semuanya, ataupun dah bersedia dengan menu makan tengahari hari ini. Saya macam biasa lah, dikesempatan yang ada nie........sewaktu bercuti dari kesibukan kerja, nak rehatkan badan dan minda serta perut juga. Kalau semalam, semasa Majlis Graduasi pelajar2 Kolej Vokasional, makanan sedap2 disediakan jadi hari nie, kita makan yang ala kadar sahaja.

Sarapan saya pagi nie, cucur udang. Kalau google tengok resepi cucur udang ada macam2 resepi tapi terpulang pada citarasa masing2. Ada yang suka tepungnya lebih, ada juga yang suka sayur2nya lebih. Bagi saya, mana2 resepi sedap jer yang penting masuk tekak nyum nyum........Saya buat cucur nie ikut belasah saya yang penting kenyang........kalau ada yang terberkenan boleh ler mencuba
CUCUR UDANG RANGUP

Bahan2
30 ekor udang - sederhana besar
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 bawang besar - hiris
beberapa tangkai daun kucai - potong2 dalam 1 inci
segenggam taugeh
1 tangkai daun sup/ketumbar - potong kasar
Garam
Gula
sedikit serbuk kunyit

Cara2
Buang kulit udang dan bersihkannya. 
Saya rebus sebentar dengan air yang mendidih yang telah dicampurkan bersama garam serta gula. Angkat udang.
Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, taugeh, daun kucai dan daun sup. 
Pecahkan telur dan pukul sedikit, masuk ke dalam campuran tepung. Gaul bagi sama rata.
Tuangkan air rebusan udang dan udang ke dalam adunan tepung. Air rebusan tu jangan tuang semua. Boleh agak2 semasa gaulkan dengan tepung.
Dengan menggunakan garfu, ambil adunan dan goreng hingga kekuningan. Siap
Untuk pencicah sambalnya saya buat.....

3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sedikit air asam jawa
gula
garam

Gaulkan semua dan panaskan. Setelah mendidih boleh hidangkan













Tiada ulasan:

Catat Ulasan