Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 11 Disember 2015

CARROT CAKE........LEPASKAN GIAN

Assalamualaikum
Salam Jumaat semua, semoga dirahmati pada hari Jumaat yang Baraqoh nie........... Rasa badan tak berapa sedap hari nie, mungkin kena hujan 2 hari nie. Asal petang balik kerja jer, hujan selebat2nya.........tu yang badan rasa dedau jer, tekak pun rasa perit jer........Walaupun badan tak berapa sedap tapi tekak nie tersangatlah teringin nak makan carrot cake.

Carrot Cake mai lagi hihihi............sekadar nak lepaskan keinginan tekak nak makan carrot cake. Bulan lepas buat juga sebab adik beradik ada buat BBQ kat rumah mak. Tak puas makan sebab ipar duai sepupu sepapat pun datang nak bawa bekal balik. Dapat makan sekali potong je, nie yang buat lagi.......baru boleh makan berulang2........bagi juga jiran2 rasa.
Saya buat tak banyak, hanya setengah adunan sahaja. Cukup untuk kepuasan tekak nie.........Saya memang selalu buat carrot cake nie, bukan sahaja rasanya yang sedap tapi juga mudah untuk disediakan. Saya pernah buat dulu di sini dan masih juga guna resepi yang sama tapi saya buat cup cake. Kalau dulu bila bab deco saya memang hancusss.......tapi sekarang nie ada up sikit berbanding dulu hehehe

Saya masih guna resepi yang sama dan sedikit di olah, kawan2 opis juga berpuas hati dengan rasa carrot cake nie. Resepi ini untuk 1 adunan dan guna loyang 9 inci. Jika ada yang berminat, saya salin semula resepinya di sini

CARROT CAKE

Bahan2
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
secubit garam
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
100 gm mentega - dicairkan
2 cawan parutan lobak merah
esen vanila - 1 penutupnya
50 gm badam cincang - bakar dulu

Cara2:
1. Ayak tepung, baking powder, soda bika, serbuk kulit kayu manis dan garam bersama.
2. Pukul telur dan gula hingga sebati, hanya guna senduk sahaja. 
3. Masukkan minyak, butter cair dan esen vanila dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dalam adunan telur. 
5. Masukkan parutan lobak merah dan kekacang dan kacau sebati.
6. Tuang ke dalam loyang yang telah di sapu majerin dan alas dengan kertas .
7. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kek masak.
8. Sejukkan dan hias dengan cream cheese topping. 

CREAM CHEESE TOPPING

Bahan2:
250 gm cream cheese - nak lebih pun tak ada hal
3 sudu besar butter
1/3 cawan gula aising - ayak
1 sudu kecil jus lemon

1. Campurkan ke semua bahan dan pukul sehingga lembut dan sebati.
2. Sapukan atas kek yang telah disejukkan.
3. Hias ikut kreativiti masing2.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan