Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 26 September 2015

CAMERON HIGHLAND, KU DATANG LAGI

Assalamualaikum

Cameron Highland, tempat yang memang teringin sangat nak datang tapiiii.......tempat yang sangat2 menyeramkan nak melalui jalannya. Tu yang dok tangguh2 nak datang. Kali nie kali kedua saya pergi. Bila biras kat kuala mengajak ke Cameron, terkulat2 jugak lah muka tapi sebab dipujuk lalu jalan ikut Simpang Pulai...........Kuatkan hati, tekadkan semangat........akhirnya sampai juga.

Sebelum nie pernah datang sekali sebab pasang niat nak datang dengan suami lepas kahwin. Sekali datang lalu jalan Tapah........amik kau!!!!!! Mabuk gilerrr........sampai 4 kali muntah belahak, sampai pening2, demam2 bagai. Dengan hujan lagi, memang dugaan betul. Dah ler badan saya tak tahan sejuk, bayangkan malam2 memang sejuk giler sampai biru2 bibir. Nak bersembang pun rasa macam nak cari gaduh je hahaha........sekarang nie dah ok sikit janji jangan ikut jalan Tapah, memang taubat nasoha ler jawabnya nak lalu kat situ........
Destinasi pertama kami ke ladang teh. Ramai manusia, kat cafe dia jangan cakap memang sesak. Terus saya mengajak suami ke bawah untuk tengok pokok teh. Tanda amaran dilarang memetik daun teh tapi tengok ramai jer yang dok petik2. Ingat nak tengok orang petik daun teh tapi tak ada pulak kelibatnya. Tengok dari atas memang sayup jer, rasa macam badan nak tergolek kebawah jer........Tengok semua sedara mara dah turun, turun juga lahkan......nanti kata penakut sangat pulak padahal gayat je pun.......Masa turun memang tak tengok depan, tunduk je tengok pokok.......lagi teruja hehehe......gayattttt!!!!!!
Siap berdukung bagai, tak takut pun budak kenit2 nie. Masing2 muka ceria jer, kemaruk kot tengok pokok teh. Kita sebagai orang dewasa, kena tunjuk kuat jadi jangan takut nak turun bukit hahaha........
Destinasi seterusnya ke Taman Agro Tourism. Kalau tak silap ni dekat area Brinchang. Memang ramai orang, parking pun atas bukit curam. Kat sini banyak salad yang segar2 boleh dipetik terus. Nak masuk petik strawberi, tengok dari tepi macam tak banyak yang merah. Jadi semua pakat nak shopping kat pasar malam je area situ.

Baru je turun dari kereta, dah hujan pulak turun selebat2nya. Berlari masing2 ke bawah khemah pasar malam. Memang tak boleh nak membeli ler, last2 semua pakat balik jer sebab dah nak malam. Saya sempat juga beli strawberi 3 pek rm25. Saya rasa macam sama harga jer dekat jaya jusco melaka. Tapi beli juga sebab dah memang nak kan........Semasa on the way balik tu, singgah kat kedai tepi. Dapat gak beli jagung dua bungkus. 

Nampak gayanya macam nak kena pergi lagi jer sebab tak puas hati tak dapat nak membeli buah2an, sayur2an, pokok2 pun tak dapat nak tengok. Dah ler nak datang cukup bercinta. Ikut nafsu memang mau datang lagi tapiiii.........nanti2 je la tak tau bila tahun sampai lagi.

Cuci mata sajer ye tengok bunga2 yang comel nie......



2 ulasan:

  1. Bestnya pegi cameron highland. 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kita pergi lagi Ros, sebab pergi hr tu x dpt nak membeli sgt, hujan.....

      Padam