Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57. Tanggal 31 Ogos 1957, "Merdeka......Merdeka tetaplah Merdeka......ia pasti menjadi sejarah".......senikata lagu nie memang dah sebati kepada saya sebagai rakyat Malaysia. Memang ia benar2 menjadi sejarah kepada semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini kita rakyat Malaysia telah mengecapi kemerdekaan yang mutlak. Kejayaan demi kejayaan telah kita gapai sepanjang kemerdekaan negara kita. Kemajuan dan keamanan negara berjalan seiring agar kita tetap merasai kemerdekaan yang sebenarnya. Kita, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama perlu bersatu dan menjauhi segala anasir2 yang memungkinkan, bertujuan untuk memusnahkan keamanan dan kedaulatan negara. Semua rakyat Malaysia perlu bersatu hati demi mengekalkan kesejahteraan negara kita agar terus berkekalan aman damai untuk semua, selamanya.........
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadai warisan
(korus)
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
(ulang korus)
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Selamat Hari Lahir bagi Lynda, yang menyambut kelahiran pada hari ini bersama2 dengan tarikh rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan. Semoga dipanjangkan usia Nda.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan