Selamat menjalani ibadat Puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk dunia. Baru 2 hari kita berpuasa, semoga puasa kita di tahun ini lebih barakhah. Semoga segala amalan yang kita lakukan di bulan mulia ini di rahmati Allah SWT. Saya mohon maaf di atas segala salah silap saya jika ada tutur kata atau perbuatan saya yang mengguris hati samada dengan cara sedar ataupun tanpa kesedaran saya. Semoga Ramadhan ini mengeratkan lagi tali persaudaraan kita sesama Islam.....AMINNNNNN........
N3 kali ini saya ingin berkongsi satu kisah bagaimana cara mahu mengawal tekanan darah tinggi. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini mengenai penyakit darah tinggi. Ini semua kerana semasa saya balik dari kerja petang tadi, radio Sinar ada menyiarkan temuramah Pak Nil dengan seorang ibu dari Melaka mengenai anak dan cucunya yang terlantar sakit hampir 4 tahun. Ia memang menyedihkan, menitis air mata saya mendengarnya. Sungguh tabah makcik tu mengharungi dugaan yang Allah SWT berikan kepadanya.
Anak dan cucunya terlantar sakit kerana sewaktu anak makcik tu ingin melahirkan anak, tiba2 anaknya mendapat darah tinggi yang kronik. Akibat dari itu tiba2 anaknya terhenti pernafasannya walaupun nadinya masih berdenyut dan doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan segera untuk menyelamatkan baby di dalam kandungan. Kejadian berlaku di Hospital Melaka. Walaupun anak berjaya diselamatkan tapi si anak mengalami masalah kekurangan oksigen. Kini kedua2nya terlantar sakit dan dibantu dan diuruskan oleh kaum keluarganya. Tanpa rasa jemu makcik tu menjaga anak dan cucunya sebab dia dah redha dengan apa yang berlaku. Saya doakan semoga keluarga makcik tu dipermudahkan AMINNNNN.........
Oleh itu saya ingin berkongsi di sini cara2 untuk mengawal tekanan darah tinggi yang saya perolehi dari blog kevinzahri. Untuk mengetahui maklumat lanjut boleh klik di blog kevin. Di sini juga saya paparkan cara2 untuk mengurangkan tekanan darah tinggi yang saya baca tapi sebelum kita cuba untuk mengawal darah tinggi, kita perlu tahu puncanya terlebih dahulu...........
Dari apa yang saya baca, tekanan darah tinggi antaranya disebabkan oleh:
1. Kolesterol yang tinggi
2. Mengambil makanan bergaram yang tinggi
3. Tidak bersenam
4. Faktor keturunan
5. Kegemukan
6. Merokok
7. Pengambilan alkohol
Cara mengatasinya adalah dengan:
1. Amalkan bersenam atau bersukan
2. Kurang mengambil makanan berlemak dan bergoreng
3. Kurangkan berat badan, dapatkan berat yang ideal
4. Kurangkan makanan bergaram
5.Berhenti merokok dan meminum arak
6. Berfikiran positif
Semoga kita bersama2 dapat manfaat dari perkongsian ini. Hidup secara sihat untuk mereka yang TERSAYANG!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan