Sakit kepala!!!!!!!! Mabok!!!!!!! Muntah!!!!!! huhuhuhu tolong mak, sayang tolong!!!!!! tekanan darah rendah balik. Semua sukan dihentikan serta merta. Kesian kawan2, terpaksa bertanding tanpa rakan sepermainan hihihi.......Tak pe, nanti saya dah sihat saya main ye tapi lepas raya lah ye! Nak buat macam mane, dah tak ada rezeki saya untuk sama2 berjuang lawan student2 ilp. Nasib badminton ke final, hari nie penentu.....mesti boleh menang punya, yehhhhhh!!!!!!cayok cayok!!!!!! Johan badminton staff wanita, TAHNIAH babeiiiii!!!!!!! hahaha.......ucapkan dulu bagi semangat, sekali kalah padan muka hihihi......
Ok n3 hari nie kita sambung cerita jalan2 haritu. Kali ini ke Bukit Tinggi pulak. Ini pun satu hal juga, hampir2 nak muntah........jalan bengkok2 nak ke Bukit Tinggi nie. Maklum lah baru pertama kali nak jejak kaki ke Bukit Tinggi. Nasib jalannya singkat jer, kalau jauh macam nak pergi Cameron yang lalu Tapah tu.........baru ler lembik jadinya. Mahunya tak lembik longlai kalau dah mabok, muntah sampai empat kali huhuhu......memang giler!!!!!! Memang Taubat ler kalau nak pergi Cameron lalu Tapah lagi hihihi.......kalau lalu Simpang Pulai ok, tak mabok......
Masa saya ke Bukit Tinggi dah petang, jadi masuk free jer. Ke Bukit Tinggi kami pergi Colmar Tropicale Berjaya Hills sahaja. Kalau datang awal boleh juga ronda2 sekitar kawasan yang lain. Masa sampai malam tu dah petang, dah nak dekat Maghrib. Walaupun dapat singgah satu tempat jer tapi puas hati juga lah sebab pertama kali datang. Ingat besoknya nak datang lagi tu yang lepak kat Colmar je.....last2 saya tak dapat nak pergi sebab kepala dah rasa ting tong. Duduk kat resort jer berendam dalam sungai sampai kebas kaki tangan hahahaha........suami saya suka ler, kalau boleh tak nak keluar2 dari dalam air.
Orang memang ramai kat Colmar. Restoran kebanyakannya penuh dengan orang yang menjamu selera dan tak kurang juga yang bersantai sambil melihat ragam orang2 yang lalu lalang. Memang meriah, tempat pun cantik dan nampak mewah ceh!ceh!.........Nanti memang nak datang lagi dan menginap kat sini. Saya suka sangat, patutlah kawan saya tiap2 tahun datang sini. Memang cantik!!!!!
geramnya tengok tempat nie.........
nyonya nie tengah skodeng itik berdating hihihihi.......
pintu masuk, memang ramai orang kat nie.......
pandangan dari atas menara.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan