Selamat malam. Mendonut kita lagi, hihihi.....saya dah tergoda dengan resepi donut kakwan hari tu. Saya masih mengikut resepi yang saya buat haritu kat sini ikut resepi yang telah diolah oleh kaknor . Kalau sebelum ini buat donut bentuk biasa tapi kali ini saya buat donut keledek ball pula. Sama je rasanya cuma kali ini lagi mudah, golek2 jer dah jadi.......senangkan.
DONUT KELEDEK BALL
Bahan: (saya buat 1/2 adunan jer)
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter
2 sudu besar susu tepung
minyak
gula castor secukupnya
Cara-cara :
1. Hancurkan keledek rebus hingga halus. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk masukkan tepung, yis, butter, gula dan keledek. Gaul sebati.
3. Masukkan pula telur, garam dan air, gaul hingga menjadi doh. (Air masuk sedikit demi sedikit untuk mengelakkan doh menjadi lembik kerana keledek rebus telah mengandungi air rebusannya) .
4. Kemudian uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk. (Jika masih melekat tambah tepung tapi sedikit sahaja jangan banyak).
5. Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biarkan adunan naik sekali ganda. Tumbuk adunan untuk keluarkan udara. Uli lagi adunan dan biarkan naik sekali ganda. Ulang hingga 3 kali.
6. Ambil sedikit adunan lebih kurang dalam 15gm dan bulat2kan.
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung .
7. Rehatkan doh lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas).
8. Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak. Angkat dan toskan. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dengan gula castor.
sedapnya..seyess zila dh lama x buat donut...zila amik resepi yer nnt2 leh cuba jgk nie..:)
BalasPadamsedap zila, akak lg suka bila buat bulat2 mcm nie....senang nk buat dan senang ngap je....
Padam