Halaman

Jumaat, 3 Februari 2012

INDAHNYA AMALAN DOA

Assalamualaikum......

Salam Jumaat kepada semua muslimin dan muslimat sekelian. Selamat Pagi dan Salam Sejahtera serta Salam Satu Malaysia.

INDAHNYA AMALAN DOA, itulah n3 saya dikesempatan ini. Sememangnya kita diperuntukkan untuk memanjangkan doa kepada Allah SWT walau dengan apa tujuan sekalipun, yang baik2 sajalah ye....

Doa menjana Semangat Dan Harapan
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah SWT sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan dan jasmani insan.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. menjelaskan bahawa doa ialah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian daripada ibadah yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. 


Firman Allah SWT

Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhan-Mu dengan merendah diri dan dengan suara yang lunak. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang melampaui batas.
(Surah Al-A'raf 13:55)

Firman Allah SWT
Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) : 'Sesungguhnya Aku adalah hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka mematuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.'
(Surah Al-Baqarah 2:186)

Sumber :INDAHNYA AMALAN DOA
Oleh : DATO' ISMAIL KAMUS

4 ulasan: