Halaman

Ahad, 29 Januari 2012

KEK KUKUS MASAM MANIS

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. Selamat beristirehat bersama keluarga sambil menonton tv. Hari ini saya tengok perlawanan Tenis Akhir, Australian Open 2012 antara Novak Djokovic vs Rafael Nadal. Tak minat pun tengok tenis tapi sebab che abang nak tengok, minat bebenor kat Nadal tu...kita layankan aja laa..Dah siap buat kek kukus, siap boleh pergi bank lagi, balik2 rumah tak habis2 lagi game tu. Lama nau nak habis gamenya. Sampai tak boleh nak tengok cerita lain. 
Sementara che abang tengok tenis, saya nak n3 Kek Kukus Masam Manis yang saya buat petang tadi. Memang sedap dan gebu, kena sangat dengan selera saya. Dah lama nak cuba resepi nie yang saya usha kat dapur yatie si cantik manis tu. Saya memang suka cuba resepi2 dari dapur yatie nie, memang selalu kena dengan citarasa saya. 

Resepinya tak pernah mengecewakan saya. Terima kasih yatie, saya mohon dikongsikan di sini. Saya cuma buat 1/2 adunan sahaja sebab asam flakes saya tinggal satu bungkus sahaja, jadi lapisan asam tu jarang2 nampaknya. Kalau asamnya banyak tentu lagi bertambah2 la sedapnya. Asalnya beli 3 tapi tinggal 1 sebab 2 lagi dah kena kebas dengan anak2 buah. Jom kita tengok resepinya yang mudah......

KEK KUKUS MASAM MANIS

Bahan-bahan : (saya buat 1/2 adunan)

5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge) 
1 1/2 cwn gula halus
1 sudu besar ovallette
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 gm minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanila
beberapa titis pewarna kuning dan hijau
asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)


Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
Masukkan tepung dan baking powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.



Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.



2 ulasan: