Masa kukusan yang pertama tak berapa nak naik. kembang memang la kembang cuma tak berapa nak naik, tak puas hati apasal tak jadi cantik pulak. Tengok balik resepi ita tu, laaaaa...rupa2nya kena guna api kuat baru la dia naik cantik kembang. Masa tengok resepi ita tadi tak perasan pulak suruh guna api yang kuat. ishhhh ade jer yang terlepas pandang, itu la kalau orang tak sabau. Bila kukusan yang ke2, kuatkan api dan hasilnya wahhhhhh!!!! ade yang pecah 3, pecah 4 dan ade yang pecah 5. Berjayayoyoyoyoyo!!!!!!! (itu ejekan suami saya untuk saya kalau dia nak sebut berjaya sambil bengot2kan mulut dia...hehehe...).
Tapi saya tetap tak puas hati sebab tak secomel apam yogurt ita yang begitu nampak berseri2 macam muka ita tu. Muka saya tak berseri2 kot atau tak sabar dah tutup api ataupun sebab saya tak tutup penutup kukus dengan kain. Adoiiiiiii hai semuanya terlepas pandang. Bila buat kerja tergesa2 mesti ade yang tak kena.....lemauuuuu tulll...
APAM YOGURT
by : Rima
Sumber : Izah
2 cawan gula castor *kurangkan - saya guna 1 1/4 cawan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder - saya guna baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat - x letak
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder - saya guna baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat - x letak
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.

*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain
jika inginkan kelainan contoh jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan
dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah
diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain
supaya air tidak menitik atas apam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan