Halaman

Selasa, 31 Mei 2016

KEK KEJU LAPISAN COKLAT

Assalamualaikum
Selamat malam semua
Dah agak lama saya tak buat kek. Memang saya stop sekejap untuk baking membaking nie. Kali ini saya buat Kek Keju Lapisan Coklat. Saya buat kek nie sempena Ulangtahun Perkahwinan saya yang ke 12. Ulangtahun hari ahad hari tu tapi baru semalam membuatnya sebab secara kebetulan hari nie kat pejabat ada buat bacaan yassin sempena menyambut Ramadhan yang akan datang. Memang rezeki kawan2 kat opis. Yang tak dapat nak rasa tu minta maaf banyak2 sebab kek pun tak buat banyak.......seketul je kan. Kalau ada rezeki dan kelapangan, nanti saya buat lagi. 

Resepi kek nie dalam buku Variasi Hidangan Keju oleh Chef Noraini Zakaria. Saya selalu buat kek ikut resepi dalam blog kawan2 tapi baru nie first time saya buat ikut buku. Buku pun dah lama beli masa jualan lelong murah2 kat MITC. Tengok kek pun macam sedap jer, tu yang terus nak cuba. Senang pun senang, nak membuatnya........mana kawan2 yang dapat rasa, semua cakap sedap, ok la tu.......yang penting dia orang suka. Deko tu abaikan sahaja, bukan saya pandai pun nak buat. Untuk syok sendiri boleh ler hehehe.......

KEK KEJU LAPISAN COKLAT
Rujukan: Buku Variasi Hidangan Keju

Bahan:
1 biji kek span coklat 9 inci - saya guna kek span vanila

Bahan inti keju:
250 gm cream cheese
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan - dicairkan secara double boiler
250 gm krim putar
50 ml air
15 gm gelatin halal - dicairkan secara double boiler

Cara2:
1. Inti Keju : Krim putar di pukul hingga kembang dan gebu. Simpan dalam peti sejuk.
2. Coklat masakan dicairkan dan biarkan ia menjadi suam. 
3. Pukul krim keju dan gula kastor hingga berkrim.
4. Masukkan krim putar dan coklat masakan. Pukul sebati adunan tersebut. (Saya letak sedikit coklat yang diparut kasar)
5. Setelah gelatin cair menjadi sejuk, tuangkan ke dalam adunan keju tadi. Pukul kelajuan perlahan hingga sebati.
6. Potong kek kepada 2 bahagian.
7. Letakkan satu lapisan kek coklat pada dasar tin springform bulat berukuran 8 inci. 
8. Tuangkan adunan keju dan tutup dengan lapisan kek kedua.Kek saya, saya salut dengan krim putar

Tip buku*
Masukkan dalam peti sejuk 3 jam hingga keras. Hiaskan mengikut cita rasa anda.


Abaikan deko saya tu, saya budak baru belajar jadi jangan kutuk saya hihihi.......memang gubra nak pegang nozzle, tangan tak pernahnya nak statik melainkan kena elektrikstatik sentiasa. Untuk diri sendiri lepas ler......itu pun suami saya dah cukup bangga hahaha........jaga hati sesangat......thank you sayang, Selamat Ulangtahun buat kita berdua.......





4 ulasan: