Salam Jumaat dan selamat petang semuanya. Dah lama saya tak buat n3 pasal resepi ni. Banyak sangat kekangan sekarang nie. Mula2 dulu, ingatkan bila cuti hari Jumaat boleh lah nak buat apa2, nak cuba resepi2 baru tapi rupa2nya semua itu hanya sementara sahaja. Makin lama makin banyak pulak aktiviti yang nak dibuat bila cuti hari Jumaat. Al-maklumla kan, waktu cuti bekerja johor dengan melaka kan tak sama. Hari jumaat cuti, banyak benda yang perlu dibereskan dulu. Hari sabtu baru lah hari bersama suami, ahad macam biasa...kojeeeee!!!!!! suami tinggal......
Hari ni tak ada aktiviti luar, jadi saya dapatlah buat n3 baru. Resepi hari ini Nasi Daging. Bila search kat google banyak betul versi nasi daging nie. Untuk resepi nie saya tengok resepi Lina. Saya suka terjah dapur Lina, macam2 ada, kalau tengok puding memang buat kita rasa teruja......menarik sangat2......
NASI DAGING BEREMPAH
By : Lina Pg
Bahan2 A (Nasi)
5 cawan beras basmathi
6 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 paket rempah sup serbuk (jadikan pes) - saya letak 2 sudu besar rempah tok mak
1 labu bawang besar (cincang halus)
1 helai daun pandan
1 kiub ayam
Rempah 4 sekawan
kismis, gajus, daun pudina
Cara2 :
1. Cairkan butter dalam periuk, tumis rempah 4 sekawan dan juga bawang besar. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan pes rempah sup, tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging yang telah dipotong nipis. Gaul sebentar ke dalam rempah. Tambah air rebusan daging.
3. Masukkan susu cair, daun pandan dan juga kiub ayam. Setelah mendidih, masukkan beras basmathi, kismis dan gajus. Kacau sekali sekala supaya nasi tak berkerak dan nasi tidak patah.
4. Gemburkan nasi menggunakan garfu. Taburkan daun pudina, kismis dan gajus.
Bahan2 B (Air rebusan daging)
1 sup bunjut
2 helai daun bay - saya tak letak
Rempah 4 sekawan
1 labu bawang besar (potong 4)
6 cawan air
1 kiub ayam
minyak
Cara2 :
1. Panaskan minyak sedikit, tumiskan rempah 4 sekawan dan juga bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan daging, kacau sebentar hingga daging kecut.
3. Tambah air, kemudian masukkan daun bay dan kiub ayam.
4. Masak hingga daging empuk (tambah air jika perlu)
makan bersama sambal belacan ye, ada acar lagi best.....
Assalam...terima kasih sudi cuba resepi Nasi daging yg simple ni...harap kena ngan taste :)
BalasPadamwsalam, mmg sedap pun Lina, terima kasih atas perkongsian
Padam