Saya memang ini pertama kali hadir mesyuarat berkaitan BKKL , maklum le sebelum nie uruskan kursus untuk kakitangan. Sekarang nie bila dah mula uruskan bahagian persijilan dan peperiksaan.........besar kecik besar kecik mata saya nak memahamkan apa benda yang dibentangkan. Telinga jangan cakap le, sebelum nie telinga kecik jer......sekarang nie dah rasa macam capang pulak hahaha.....kena fokus betul2 lepas nie sebab banyak juga rupanya permasalahan yang dihadapi oleh institut. Nasib HQ boleh jawab.........
Setiap kali perkara yang HQ bentangkan, memang hangat dengan persoalan dari pihak2 institut. Semakin berdentum2 sesi soal jawab. Kalau macam nie punya gaya, tak cukup 3 hari nak buat perbincangan. Banyak sungguh soalan2 yang diketengahkan........jawab jangan tak jawab HQ.......banyak sungguh ketidakpuasan dari perwakilan. Kecut perut pulak saya nak libatkan diri dengan pengurusan BKKL nie. Sebelum nie kerja relax jer tak de sangat masalahnya. Nasib ada bos tolong........kalau saya jadi bos, kompem terlingkup huhuhu.......
Semoga perbincangan ini akan mendapat satu keputusan yang memihak kepada kedua2 pihak.......memuaskan hati la......bila balik nanti boleh ler di war2kan dengan lebih jelas kepada pegawai lain terutamanya kepada pengarah........Aminnnnnn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan