Halaman

Ahad, 2 Disember 2012

TIRAMISU

Assaalamualaikum.......

Salam tengahari semua rakan2 mayaku. Semoga sedang bersiap sedia untuk bersilat di dapur. Apalah agaknya menu kawan2 ye untuk makan tengahari nie? Saya tak masak hari nie sebab che abang tak nak makan. Cuma dia nak makan burger jer nanti. Ok lah tu kan......jadi adalah masa saya untuk buat kerja lain.


Saya nak kemas barang sikit2 apa yang patut untuk berpindah nanti supaya tak kelam kabut besok. Banyak juga barang yang nak di packing. Kotak pulak dah tak cukup, hari tu banyak gak kotak tapi saya dah bagi kat abang bangla yang duk kutip barang2 lusuh. Nak cari duit lebih...:)

N3 kali ini saya nak kongsi resepi Tiramisu dari Chef Arm. Banyak juga resepi Chef Arm yang saya cuba. Chef Arm merupakan seorang chef muda yang semakin meningkat naik. Saya selalu juga mengikuti perkembangan sebagai tanda sokongan terhadapnya. Dia tak sombong dan sentiasa melayan setiap pertanyaan yang diajukan. Saya berharap agar chef akan terus berjaya dan terus melakar resepi2 yang menarik.

Jom tengok resepi Chef Arm........



TIRAMISU
Resepi : Chef Arm

* Bahan-bahan : -
200g Krim Putar
250g Krim Keju
30ml Susu Segar
5 Sudu Besar Gula Halus
180ml Air ( Dicampur Dengan 1 Sudu Teh Serbuk Kopi Segera ) - saya guna 3 in 1 nescafe
1 Sudu Besar Serbuk Koko
30g Parutan Coklat - x letak
20 Keping Biskut Span ( Khas Untuk Membuat Tiramisu ) - biskut tiramisu / lady’s finger
Sedikit Strawberi ( Untuk Hiasan ) - x letak

* Cara Penyediaannya : -
1. Pukul krim hingga kental dan ketepikan.
2. Putar krim keju hingga lembut.
3. masukkan susu dan gula serta putar lagi hingga adunan menjadi ringan.
4. Campurkan krim putar & krim keju dan dikacau rata.
5. Celup biskut di dalam kopi dan susun beberapa keping ke dalam mangkuk kaca.
6. Ratakan separuh campuran krim.
7. Ayak serbuk koko diatasnya
8. Celup biskut lagi di dalam air kopi, susun dan tutup dengan baki krim.
9. Akhir sekali ayak serbuk koko dan taburkan coklat.
10. Tutup dan biarkan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
11. Hiaskan dengan buah strawberi dan siap untuk dihidangkan.


 
ada 3 bekas yang berlainan saiz dan untuk berlainan orang...huhu



4 ulasan:

  1. Balasan
    1. tu la Evelyn Gemina, akak mmg minat juga ....baru sekrg nie akak nk buat sendiri kalau tidak beli jer....kalau ngap mmg x ingt kan....:)

      Padam
  2. wah akak...sdapnye...nnt blhla wat utk sy ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi2......apa kata isya buat utk akak, isya kn cuti x keje hehehe

      Padam