12.12.12....APA YANG BERLAKU?
Assalamualaikum......
Selamat pagi semua teman2, ade ke...hihihi. 12.12.12....Apa yang istimewanya tarikh ini? Istimewanya kerana kita tak akan jumpa lagi nombor yang cantik begini. Cantik ke? Bagi saya biasa2 sahaja, setiap hari adalah hari istimewa kerana saya masih dapat hidup dengan aman bersama suami, keluarga dan teman2 yang baik hati. Yang tak memuaskan hati tolak tepi ye......huhu
Kalau tengok tajuk n3 nie, 12.12.12, Apa Yang Berlaku? Ada yang berlaku sebenarnya. banyak yang berlaku tapi saya ceritakan antaranya sahaja yek.....Malam tadi dapat perkhabaran dari abang saya yang no 3, anaknya Ashmira kena angin pasang. Angin Pasang? Perempuan? Baru saya tahu perempuan pun kena angin pasang. Angin pasang nie tak kena pada satu tempat sahaja, Banyak juga tempat yang boleh kena. Selama nie tahu bayi @ budak2 lelaki jer yang kena, perempuan pn ada gak ye.....mmmmm!!! Baru tau....
Abang saya cakap puncanya kerana bila buang air besar yang tidak lawas, angin yang berkumpul itu akan menyebabkan terasa sakit bila nak buang air besar walaupun najis tak keras. Bila angin berkumpul itu yang menyebabkan terjadinya angin pasang. Sian betul dengarnya, baru 4 tahun dah kena operation. Kalau tak operation segera takut akan beri kesan pada usus....Harap abang saya bersabar dengan berita ini, tapi saya tahu Ashmira orang nye begitu kental dan tak takut pada apa2 pun.....
Malam tadi juga suami saya pergi melawat kawannya di Bachang Melaka, diatas kematian adik perempuan kawannya Yuhazreen kerana kanser payu dara. Muda lagi adiknya, seorang cikgu dan masih bujang. Orangnya kecil molek sahaja, saya tengok kat fb la sebab friend suami saya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya.
Kanser tu mula dapat dikesan pada bulan Mei yang lalu. Bila pergi check up, doktor cakap dah tahap 3 dan doktor dah tak boleh nak tolong sebab kanser itu terlalu aktif. Doktor dah tak boleh nak buat apa2 bila kanser merebak dengan cepat. Dah kena tulang dan bahagian otak. Tentu keluarganya terkejut sangat, begitu cepat ia berlaku. Semoga keluarga Yus dapat bersabar......
Ini sahajalah antara peristiwa2 yang berlaku pada saya pada hari 12.12.12. Ada lagi tapi semunya biarlah rahsia ye......jumpa lagi.....
Gambar semua dr google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan