Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat yang berpuasa sunat hari ini. Sempena 10 Muharram hari ini, kita semua disunatkan berpuasa. Sebaik2nya dimulakan pada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram bagi membezakan amalan kita dengan puak yahudi. Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ini seperti diceritakan di sini. Saya salin semula antara peristiwa2 yang berlaku kat sini.
DIANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
8. Nabi Isa diangkat ke langit
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
14. Hari pertama Allah menciptakan alam.
15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
17. Allah menjadikan Arasy.
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
19. Allah menjadikan alam.
20. Allah menjadikan malaikat Jibrail.
21. Dan banyak lagi peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram diantaranya kejadian pembunuhan Saidina Hussein, cucu Rasulullah SAW di Karbala pada 10 Muharram.
Antara kelebihan yang diceritakan berpuasa pada 10 Muharram ialah,
KELEBIHAN 10 MUHARAM
Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam jumaat , malam 10 muharam , malam nisfu syaaban , malam aidilfitri dan malam aidiladha . . (riwayat bukhari dan muslim)
Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa pada hari asyura . Baginda menjawab: " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu) . (riwayat muslim)
Apabila nabi s.a.w berhijrah ke madinah , baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari asyura . Rasulullah s.a.w bertanya: "berpuasa apakah kamu ini?" orang-orang yahudi itupun menjawab : "hari ini hari besar . pada hari ini allah menyelamatkan nabi musa dan menenggelamkan firaun dengan askar-askarnya,maka nabi musa telah berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada allah pada hari ini.maka kami pun berpuasa." nabi menjawab; "kamilah yang lebih berhak mengikut jejak langkah nabi musa daripada kamu." lalu rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa pada hari itu.(riwayat muslim)
Para sahabat telah bertanya kepada rasulullah s.a.w mengenai hal tersebut: "ya rasulullah adakah allah telah melebihkan hari asyura daripada hari-hari lain?"jawab baginda: "memang benar hari asyura (10 muharam) allah telah menjadikan langit dan bumi,bukit bukau,laut,syurga dan neraka ,nabi adam dan hawa,nabi adam masuk ke syurga,nabi ibrahim dilahirkan,nabi ibrahim terselamat dari kepanasan api,peristiwa firaun telah ditenggelamkan oleh allah s.w.t,allah telah menyembuhkan penyakit nabi ayub,taubat nabi adam dan nabi daud diterima oleh allah a.w.t,allah telah mengembalikan kerajaan nabi sulaiman dan terjadinya kiamat pada hari jumaat 10 muharam.berpuasa pada hari asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu'a (hari kesembilan dari bulan muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang yahudi yang hanya berpuasa pada hari asyura sahaja.sabda rasulullha s.a.w :berpuasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh (muharam) ,dan jangan meniru cara-cara yahudi ." (riwayat al-baihaqi)
Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat,misalnya kita menyediakan makanan dan minuman yang lebih sedap daripada biasanya.sabda rasulullah s.a.w : "sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari asyura,maka allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-tabrani dan al-baihaqi)
Wallahualam.........
slm...
BalasPadammnarik n3 ni..dpt mngingatkn kawan2 yg lain yg mungkin dh lupa mengenai peristiwa yg blaku pd hari tersebut..
betul tu Qasey, akak pn kadang2 terlupa pasal 10 Muharram nie.....semoga kita dapat sedikit perkongsian nie....Aminn
Padam