Tapi yang kelakarnya ada pulak orang yang nak tiru saya berbuka, tak nak makan nasi...hahaha...sebok je kan.....tapi sahur dia nak makan nasi nanti lapar katanya...hihihi....Jeles sungguh, orang nak ber'diet' dia pun nak juga...hahaha...sabar je la melayannya....
BIHUN GORENG CILI API
Bahan2 :
1/2 bungkus bihun - rendam bagi lembut
Isi ayam - ikut suka nak banyak mana - potong kecil
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
Segenggam ikan bilis* - boleh ganti udang kering
10 biji cili api* (* tumbuk hingga lumat)
2 biji telur
Garam
sedikit air - cukup untuk melembutkan bihun semasa goreng
Kobis
Sawi
Taugeh
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. masukkan ayam dan kacau hingga ayam masak. Kemudian masuk telur dan biarkan telur hampir masak seketika baru dikacau. (saya suka telur tu berkeping2 saja).
3. Kemudian masukkan garam dan air, biar seketika hingga ayam betul2 masak.
4. Masukkan bihun dan kacau sebati hingga bihun lembut dan sebati dengan rencah tumis.
5. Setelah air hampir kering, masuk sayur sawi. Kacau hingga sawi agak layu. Kemudian baru masukkan kobis dan taugeh. Kacau seketika dan angkat.
ada 2 versi....satu bersayur dan satu tanpa sayur untuk che abang kita yang tak makan sayur......ishhhhh!!!
bihun pun sodap...saya pun suka.tahniah dah turun berat tu yer...saya juga tak turunx2 lagi..apa taknya subuh sini jam 2.30pagi lepas mkn terus tido..:)
BalasPadamtak pe nieza, kerja keras lg tentu blh turun...cayok...cayok...tp kalo lps mkn tido payah juga tu nk turun hihi....
Padam