Halaman

Selasa, 1 Mei 2012

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Assalamualaikum.........


Selamat petang semua. Hari nie lambat sikit nak buat n3, maklum lah banyak aktiviti hari2 cuti nie. Baru balik dari menghabiskan duit gaji nie.....beli tak hingat kauuu.....Menghabiskan duit dari hari sabtu sampai hari nie tak habis2 juga...ada jer benda yang tak dibeli2.....sebenarnya lebih nak merayap2 kat soping komplek tu...hahaha!!!!!jangan mare ye che bang......(^__*)


N3 saya kali nie ialah Hokkaido Chiffon Cupcakes. Dah lama sebenarnya nak buat bila nampak kat dapur ita dulu tapi oleh kerana bekas ramekin tak der jadi tangguhkan dulu, alasan sebenarnya....huhuhu. Bila dah beli ramekin dengan kak jee, pun masih tangguh2 kan lagi...sibuk buat benda lain dulu. Baru2 nie ternampak n3 shiela, cantik2 tengoknya geram pulak. 


Belum sempat saya nak buat, ummiakid pulak dah tunjuk hokkaido nye....mmmmm, menambahkan lagi kegeramanku. Tak boleh nak tunggu lagi, nak kena buat juga. Senang jer nak buatnya, saya godeh2 pagi tadi dapat lah dalam 16 cup sahaja. Ramekin saya pun kecil2 sahaja, kalau saiz besar tentu dapat dalam 8-10 jer kot.

Bagi saya rasanya biasa2 sahaja cuma ada kelainan sikit sebab adanya filling kastard tu. Tak manis, jadi kalau siapa2 yang nak buat dan nak rasa manis mungkin boleh tambah gula pada filling tu....


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Bahan-bahannya :-
4 biji Kuning telur
30 gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla ekstrak
40 ml Susu Segar
40 ml Minyak Jagung
55 gm Tepung Cake - Superfine
20 gm Tepung Kastard
1 sudu kecil Baking Powder

4 biji Putih Telur
1 sudu kecil Cream of Tartar
80 gm gula Castor

Caranya :-
1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama 20 minit. Sediakan 8 biji ramekin bersaiz besar atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras atau boleh juga gunakan cawan muffin.
2. Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian diayak 3 kali.
3. Pukul kuning telur dan gula menggunakan hand whisk. Tambahkan vanila ekstrak atau esen, susu, minyak dan pukul rata.. Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
4. Dalam bekas lain ~ Pastikan bekas dalam keadaan kering . Pukul putih telur dan cream of tartar hingga berbuih. Tambahkan 80 gm gula sedikit2 dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).
5. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama .
6. Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 90% penuh. Jangan risau kalau penuh sangat, sebab kek ini akan naik dan turun balik sedikit selepas di masak. Hentakkan sedikit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
7. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak mengikut kapasiti oven masing2.
8. Bila sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Renggangkan sedikit pintu oven dalam 10 - 15 min dulu bagi dia sejuk perlahan2. Jika tidak nanti kek itu akan kecut atau menurun mendadak. Selepas itu baru keluarkan dari oven dan sejukkan.
9. Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling custard kedalamnya dengan menggunakan pipping bag dan nozzle yang bersesuaian.


~~FILLING CUSTARD~~
2 biji Kuning Telur
1 sudu besar tepung Custard
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Gula Castor
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Butter

Caranya :-
1. Satukan kesemua jenis tepung dan gula. Gaul rata dan bancuh dengan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau jangan sampai berkutil. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul dan kacau rata hingga mesra.
2. Dengan kaedah double boiler (masak di dalam bekas yg berisi air) kacau custard tu hingga pekat dan licin. Kacau sentiasa supaya tidak berkutil. Apabila sudah cantik pekat dan licin, masukkan butter tadi dan kacau rata.
3. Sejukkan sebentar custard yang telah siap di masak. Kemudian masukkan ke dalam piping bag bernozzle dan cucuk ke dalam kek yang telah sejuk, picit masuk ke dalam tengah kek tu sebagai fillingnya.


lembut dan gebuuuuuu......selamat mencuba dan mencuci mata....

4 ulasan:

  1. Bab2 buat kek ni, anak lelaki kakcik lebih pandai dari kakcik. :)

    BalasPadam
  2. wahhhhh.....along ke kakcik....bertuah kakcik, nk makan ada org yg buatkan...hihihhi

    BalasPadam
  3. nampak sgt gebus..ramai dah yg mencuba. sedapnya.. bila pula saya nak sampai seru nk buat ni yer..hehe

    BalasPadam
  4. mmg gebu nieza....mesti cpt2 dapatkn seru..hehe

    BalasPadam