Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

TART NENAS

Assalamualaikum....

Selamat malam semua. Sudah makan malam ke belum? Saya makan maggi sahaja sebab badan rasa penat sangat. Petang tadi ada latihan bola jaring. Dah agak lama juga tak bermain badan pun dah bertambah berat...termengah2 kejap. Main pasing2 bola, lepas tu main lah sekejap dalam 10 minit kot. Saya stop awal ler sebab nak balik Melaka cepat2, sebelum magrhib nak kena sampai rumah.

Walaupun tak larat tapi saya teringin sangat2 nak makan tart nenas jadi gagahkan juga badan nie untuk buat tart. Bukan apa, memang dah berminggu2 teringin nak makan. Inti nenas tu saya beli siap kat Mydin. Buat tak banyak pun dapat lah dalam 25 biji sahaja dengan saiz sebesar ibu jari saya. Nanti nak bawa ke opis . Saya nak mengadap pc kena ada kudap2 kalau tak asyik menguap jer ler kerjanya macam gua musang tu ha...

Bila dah siap dibakar, tengok tak menarik pula sebab dulu saya buat guna terap je,15 tahun dulu punya cerita la. Jadi bila nak mencuba buat bentuk nenas nie macam pucat lesi jer rupanya. Takkan nak sapu keseluruhan tepung tu dengan kuning telur, ke tepung tu kena letak pewarna kuning baru nampak cantik ataupun guna tepung kastard sikit...adoiiiii!!! pening kepala makcik. Jomlah tengok resepinya yang mudah untuk disediakan.......


TART NENAS

Bahan2:


300 gm tepung gandum* 
3 sudu besar susu tepung* 
2 sudu besar tepung jagung* 
80 gm gula aising* (*diayak bersama)
200 gm butter - saya tak habiskan semua
1 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning
sedikit jem nenas


Cara2:
Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu dan ramas dengan menggunakan hujung jari hingga adunan berderai. 
Masukkan telur kuning, campurkan dan sebatikan hingga menjadi doh. Rehatkan seketika.
Bulat2kan jem nenas. Saiz terpulang pada citarasa sendiri samada nak isi banyak atau sedikit. Saya suka inti sedikit sahaja.
Bulatkan doh sebesar ibu jari dan letakkan inti diatasnya dan gelek2 secara lembut di tapak tangan dengan membuat bentuk bujur.
Guna hujung gunting dan kacip sedikit pada doh untuk membentuk kulit nenas
Susun atas dulang pembakar dan sapu atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit warna kuning.
Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit.











2 ulasan:

  1. Salam Khairiah..

    Rajinnya dia.. buat tart nenas..
    Tart nenas ni fav anak akak Dalili.. ni kalau dia nampak pasti dia suruh buat
    Menarik buat tart macam ni.. nampak macam buah nenas kan.. tapi rumitlah sikit rasanya kan...

    Tapi pada akak walau rumit macam mana pun bila kita buat terasa seronok bila lihat hasilnya kan..

    nanti akak nak cuba resepi dari Khairiah ni.. boleh ye..

    BalasPadam
  2. hehehe...malunya ble pro nak buat dr resepi kt sini..kalau ita buat mesti cantikkan.....psssttt..ita, bukan ke resepi ita lg mengancam..hehehe....

    BalasPadam