Halaman

Ahad, 5 Februari 2012

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR


Assalamualaikum.....
(ehsan dari google)

Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW. Salam Maulidur Rasul 1433H/2012 kepada semua umat Islam walau dimanapun berada. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah bersempena kelahiran Baginda pada hari ini. Semoga kita bersama2 mendapat syafaat baginda di Akhirat kelak.

Hari nie tak kemana2 sebab cuaca mendung saja nampaknya. Che abang ajak pergi memancing pun tak jadi, besok2 saja la ye...Dah lama juga dia tak pergi memancing, mungkin sebab asyik tak dapat ikan kot. Makan tahun juga la dah tak pergi. Mungkin dia dah berminat balik pada hobi yang satu tu.....layankan je.... 

Memandangkan tiada apa2 aktiviti, petang nanti ingat nak balik rumah mak. Buah tangan dari anaknya ada 2, kek coklat dan laksa. Harap2 mak suka (walaupun tahu akan ada orang lain yang akan tak sabar2 nak makan kek tu). Kali nie saya nak n3 Kek Coklat Kukus Tanpa Telur yang saya usha resepinya kat dapur kak Nor. Saya nie memang tak berapa minat kek coklat kukus tapi kalau ada toping saya akan makan juga sikit. Sebab kek nie mudah nak buat dan atas permintaan adik, buat juga la walaupun dia dah lama minta dibuatkan. Harap2 dia suka kek nie .

kek sedang elok saja sebelum retak menanti belah....:(

Nak dijadikan cerita kek nie sebenarnya dah terbelah dua sebab masa keluarkan dari kukusan, sedang elok je kek tu. Bila dah sejuk, saya nak keluarkan dari loyang nak dialihkan ke redai tiba2  terlepas loyang kek tu sekali tengok, apa lagi dah retak tengahnya. Sudahnya tak cantik la rupanya. Gelabah juga la sebab tak tau nak buat topingnya.

Bila tengok resepi di dalam simpanan ada pula toping yang mudah dari dapur yatie...penyelamattt!!!! Nak buat toping chocolate ganache, cream pula tak der. Apa2 pun tunggu respon dia aje la suka ke tak dengan topping yang saya buat nie.Mohon share resepinya ye kak nor dan yatie kat sini....

penghasilan topping kek yang pertamaku.....ok tak..?

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR
by : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : loyang 6" x 6"

Bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ~ 1/4
2 sudu kecil serbuk penaik ~ 1sk


Bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa) ~ 3/4 caw
1/2 cawan susu pekat manis 1/2caw
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar 1 3/4
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam


Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.Sejukkan kek sebelum dipotong.kek ini bersaiz kecil sahaja. 
lakaran tepi pada kek yang comot.....dah buat banyak kali macam tu juga rupanya.....ontah la!!!

Topping mudah tapi sedap
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

Cara-cara :
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.


1 ulasan:

  1. Ok le tu. Mesti ramai yang sedang menunggu untuk menikmati kek yang best ini.

    BalasPadam