Halaman

Jumaat, 13 Januari 2012

MANFAAT 'BISMILLAH...'

Assalamualaikum.....Salam Jumaat....Salam Ukhwah dan Salam Satu Malaysia. Ambil kesempatan pagi2 nie, waktu rehat sekarang nie, jadi nak n3 satu amalan yang perlu kita amalkan pada setiap hari mahu pun pada setiap masa iaitu amalan membaca Bismillahirrahmanirrahim . Di sini saya nak kongsi sedikit fadhilatnya.

Di dalam satu Hadis Rasullullah ada menyatakan, " Barang siapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur, maka :

1. Dia akan dihindari dari emninggal di dalam keadaan terkejut / mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal / bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilinddungi dari bahaya rompakan.

Wallahualam

Selain itu kita juga disarankan membaca Bismillah Enam

Bismillah Enam
BISMILLAH ENAM

- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezekinya.
- Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca di malam jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh jika di baca kepada tubuh badan.
- Jika di tulis dan dijadikan azimat atau di baca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika di baca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang di rasuk oleh iblis apabila di baca di telinga tiga kali InsyaAllah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila di baca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

** Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara di atas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca Al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

** Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang di racun atau yang di patuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan