Selamat malam semua.....Tengah buat apa tu......? Saya baru jer sampai dari Melaka ke Kuala Kangsar. Dah sembang2 dengan mak mertua tadi, berat pulak mata nie....Ingat nak tido tapi bile tengok laptop jer terbeliak terus mata nie...ishhhhh!!!!
(gambar dari FB member)
Saya singgah jugak la melawat arwah di Nyalas, Jasin sebelum ke majlis jemputan kahwin di Gersik. Lebih kurang dalam pukul 10 saya sampai, arwah telah pun disembahyangkan dan mula untuk dibawa ke tanah perkuburan. Ramai sungguh yang datang melawat. Kawan2 artis, saudara mara, jiran tetangga dan juga peminat2 beliau. Ramai juga rakan artis yang datang tapi saya tak berapa kenal , cuma yang saya kenal Aril, Amar dan Akim jer .
(wajah terakhir sebelum meninggal)
Saya tak sempat nak jumpa kakak dan ibu arwah sebab orang terlalu ramai tak boleh nak masuk dalam rumah, dah sesak. Lagipun dia orang dah nak angkat jenazah ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan di Nyalas. Untuk Aida (kakak arwah) minta maaf la sebab tak dapat nak jumpa untuk ucapkan takziah. Tak boleh saya nak bayangkan kesedihan Aida sekeluarga diatas pemergian ahli keluarga yang tersayang. Saya tengok Aril tak henti2 menangis, sedih sungguh. Saya pun jadi sebak. Bagaimana pulak dengan Ibu dan kakaknya, saya memang tak boleh nak bayangkan. Harap mereka sekeluarga dapat menerima Qadaq dan Qadar Allah dengan redha. Akak doakan semoga Aida tabah menghadapinya.
(ketika arwah membuat persembahan di Majlis Alumni ILP Bukit Katil, Melaka bersama Aril & Amar pada 2010)
Selepas ke kubur saya terus menuju ke majlis kahwin di Gersik dan seterusnya ke Kuala Kangsar, Perak untuk berjumpa ibu mertuaku...hehehe...tunggguuuu anakmu!!!!!Ehhh salah, menantu muuuuu.....(* _ *)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan