Halaman

Isnin, 2 Januari 2012

CARROT CAKE

Assalamualaikum....Petang nie saya buat carrot kek dari hasil pencerobohan saya di dapur yatie. Dan hari nie juga dalam sejarah buat saya kerana pertama kali saya mendeko.
Entah apa2 ntah saya belasah jer sebab topping cream cheese saya lembut je jadi ble nak mencorak tu tak berapa nak jadi. Apalagi saya bedal jer rupanya. kalau tunjuk kat mak saya nie sure punya saya akan dapat pantun 2 kerat dari mak....macam nie bunyinya pantun tu...
PEN MERAH PEN BIRU,
ORANG BELAJAR AWAK MAIN TIRU-TIRU.

Waaaaa..!!!!! tu la pantun yang tak sanggup nak didengar. Tapi amat sesuai sekali untuk orang yang macam saya nie. Kalau nak buat tu susah bebenor nak buat, sudah le tangan tak berbedung tak berseni langsung dah tu tak nak belajau...Heiiiiiii!!!! Apa la nak jadi. Makanya jadilah kek serupa 'Jebon' hahaha....
Walaupun rupanya tak jadi apa tapi rasanya tetap menawan....Meh tengok resepi yatie nie...sedapppp!!!!

CARROT CAKE
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Secubit garam halus
3/4 cawan gula perang - Yatie guna 1 cawan - sama
3/4 cawan (atau kurang) gula castor - Yatie guna 1/2 cawan - sama
4 biji telur
1 cawan minyak jagung / masak
100 gm mentega - dicairkan
2 cawan lobak merah - diparut
Esen vanila - saya tambah
30 gm hazelnut (boleh ganti kekacang lain)-Yatie tak letak - sama

CREAM CHEESE TOPPING :
250 gm cream cheese - Yatie tambah 125 gm - saya ikut asal
4 sudu besar butter
1/3 cawan gula icing- diayak
1 sudu kecil jus lemon


* Cara2nya - Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapukan atas kek yang telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.
Cara membuat Kek :


Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting. Bila dah siap sapu cream cheese frosting atas permukaan kek, saya letakkan kek tadi ke dlm petisejuk selama 1 jam. Biar beku sedikit permukaan cream cheese tadi dan mudah utk memotongnya. 
Cara saya :
Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Ketepikan.
Pukul telur dan gula hingga sebati (guna senduk je). Masukkan minyak, butter dan esen vanila dan gaul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.
Masukkan carrot dan kekacang dan kacau sebati. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu majerin.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kek masak . Sejukkan. Hiaskan dengan cream cheese topping.


* Bukan nak menderhaka pada yatie tapi dah tersalah adun, entah apa yang difikirkan step tak ikut yatie punya tapi rasa memang ngammm....

2 ulasan: