Dulu pernah buat tapi dah tak ingat macamana rasanya...jadi ble dah buat nie dia x berapa manis dan amat sesuai untuk saya yang memang tak berapa suka yang manis-manisssss....kalo yang suka manis2 macam kek karamel tu boleh tambah gula atau susu pekatnya...jom kita layan puding nie....mohh!!!
PUDING ROTI PELANGI
Resepi:yatiememories
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8 gm serbuk agar2
1/2 cawan gula (boleh tambah kalo suka manis)
2 sb butter/majerin - dicairkan
3 1/2 cawan air
pewarna merah , hijau , oren (ikut suka nak letak warna apa)
Cara-cara:
1. 3 cawan air , serbuk agar2 dan gula disatukan di dalam periuk dan didihkan.
2. Roti, telur, susu pekat, susu cair, dan 1/2 cawan air yang lebih tadi hendaklah di blend bersama. kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah dididihkan tadi.
3. Masukkan butter/majerin cair dan kacau rata sampai mendidih...matikan api.
4.Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna merah, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian warna oren.
5.Kacau cepat2 sampai warna sebati dan sekata.
6.Tuangkan ke dalam loyang secara berselang seli....1 senduk warna merah, ambil 1 senduk warna hijau dan letak di tengah2 warna merah dan ambil 1 senduk warna oren pula dan letak ditengah2 warna hijau. Ulang selang seli hingga habis (ketika melapis perlu dibuat dengan cepat kerana puding roti cepat mengeras).
7.Bila siap, biarkan dingin sedikit dan boleh lah di simpan di dalam peti sejuk. Setelah keras boleh lah dihidangkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan