Halaman

Khamis, 1 Disember 2011

Jangan mengaibkan orang

Hari nie saya nak berkongsi satu perkara yang pada tanggapan saya boleh menjadi satu perkara yang amat2 baik untuk kita fikirkan...untuk kita renung2 kan. Terlalu banyak fadhilat yang akan kita perolehi jika kita sentiasa menjaga atau mengawalnya didalam pergaulan kita setiap hari..setiap masa. Semoga Allah s.w.t. akan memelihara diri kita dari melakukan kemungkaran..Aaaaminnnnnnn.....

hamidarshat

Wahai anak2ku dan rakan2 sekelian , ingatlah islam menyeru dan menuntut kita buat kebaikkan. Buatlah amal maarof tanpa batas, insyaallah balasan dan ganjaran dari Allah SWT amatlah banyak didunia dan akhirat. Jangan sekali2 buat munkar kerana segala kemunkaran adalah dorongan dan bisikan iblis. Sesungguhnya iblis itu musuh kamu yang nyata.


Mengaibkan orang lain adalah satu dosa besar, semakin ia disebarkan, semakin besar dosa orang yang melakukannya. Dosa itu akan berganda2 dan balasan diakhirat amatlah berat, tidak mampu kita menanggungnya. Siksaan diakhirat tidak ada kesudahannya. Kita hidup didunia hanya sekelip mata berbanding dialam akhirat.

Janganlah kita terlibat dalam perbuatan mengaibkan orang lain, malah bersubahat dengan pembuat fitnah pun akan membakar kita . begitu hebat bahangnya. Jauhilah dari mereka yang terlibat dengan penyebaran fitnah yang amat mengaibkan.

'Jagalah diri kita dan ahli keluarga kita dari bakaran api neraka' - itulah maksud satu ayat dalam surah At Tahrim.

Lebih baik kita sebarkan berita baik , berita yang bolih memberi gembira dan keceriaan kepada orang lain. Ini adalah nasihat dari junjungan kita, Rasulullah Mohammad SAW. Ikuti lah nasihat baginda, belaiu adalah sebaik2 penasihat.

* semoga kita bersama2 dapat menjaga diri kita dari melakukan perkara2 yang boleh memudaratkan....

2 ulasan:

  1. Salam Khai..apa khabar?
    Salam singgah dan salam perkenalan dari Rahel..dan terima kasih sudi singgah n follow dapur Rahel..harap sudi singgah selalu ek..terima kasih.

    BalasPadam
  2. Salam Rahel...baik2 saja & salam perkenalan juga...singgah selalu?..mesti....sekrg dh letak kt profile br la senang nk jenguk2...br nk belajar..:)

    BalasPadam