Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 29 Oktober 2013

MELANCONG KE BANDUNG

Assalamualaikum.....

Bandung!!!. Best!!!!!!. 3 hari 2 malam di Bandung memang rasa tak puas. Shopping sakan, memang tak ingat dunia. Memang tak cukup masa untuk berjalan2 makan angin, masa yang ada diperuntukkan untuk membeli belah sahaja. Konon2 tak nak beli sangat barang, nak cuci mata jer.......tapi akhirnya rp4 juta gak habis huhuhu!!!!!...... memang tak boleh pakai ler hati nie, nafsu shopping tak boleh tahan.......padahal saya nie bukannya kaki shopping tapi bila tengok kawan2 berbungkus2, tak boleh jadi nie, nak kena beli gak........kalo tak, tido tak lena ler jawapnya.........asyik teringat2 jer bukan teringatkan laki yang ditinggalkan hehehe..........




Next time memang nak pergi lagi ke Bandung tapi nanti nak jalan2 jer. Penerbangan dengan Air Asia 2 jam. Sampai2 disambut oleh Pak Supir yang hensem, Wisnu namanya dan Muslim. Muda2 lagi supir Hayukka. Untuk perkhidmatan supir kami ambil perkhidmatan Hayukka. Nampak pemalu tapi bila ajak menyembang ok sajer. Yang bestnya syarikat nie tak ambil deposit, masa hantar balik baru kita buat pembayaran. Memang senang berurusan dengan supir Hayukka dan staf dia yang lain.....kereta2 yang disediakan pun puashati. 

Dalam pukul 8.20pm kami sampai di airport Bandung (kalau waktu Malaysia dalam 9.20pm). Supir terus bawa makan ke Restoren Ikan Bakar Pakcik Met, lepas tu masing2 dah penat terus check in Hotel. Kami menginap di Serela Hotel. Best hotel tu, kalau berminat boleh tengok kat sini. Memang pushati.........kalau nak ke pekan bandung cuma dalam 10 minit sahaja perjalanan.



Hari Pertama di bandung, supir bawa ke Floating Market. Perjalanan ke Takuban Perahu dibatalkan sebab gunung berapinya berasap, kerajaan Indonesia tak benarkan ke sana. Dah 2 minggu tapi masih belum reda lagi jadi tak de rezeki nak ke sana. Di Floating Market ada tanam macam2 jenis tanaman, lebih kurang macam Cameron juga. Boleh sewa bot untuk kelilingi tasik dan makanan juga ada dijual di atas bot di tengah2 tasik. Lepas tu kami ke Rumah Mode, bergambar sahaja sebab barang2 agak mahal sedikit. Kemudian kami terus ke Pasar Baru. Di Pasar Baru membeli belah sakan dengan ditemani oleh sepupu Wisnu iaitu Jajang, muka hensem ala2 model gitu baru 22 tahun. Shopping hari nie je habis rp2 juta....... tak pe, nama pun 'jutawan' kan hihihi........ 







Lepas tu kami ke Toko 3 kedai2 jual jeans yang berjenama. Harga standard sama lebih kurang di Malaysia. Johor Premium Outlets lagi best kot pada saya. Selepas itu kami ke FO Jalan Riau. Di sini cuci mata jer. Dah penat shopping kami makan malam di Restoran Ikan Bakar Sunda. Selepas itu kami ke FO Setiabudi dan FO Dago.  Di FO Dago barangannya agak murah. 



Hari Kedua di bandung, kami ke Cibaduyut. Kami mmembeli belah t shirt, kemeja, seluar, beg dan barang2 kulit. Selepas itu kami ke Pasar Baru semula untuk shopping buat kali kedua. Ada lagi barang2 yang belum terbeli hihihi.......haru2!!!! Waktu ini kami berjalan sendiri2 tanpa ditemani oleh supir sebab semua dah terer tapi last2 sesat gak kat dalam bangunan tu hahaha......



Selepas itu Wisnu bawa ronda2 cari kedai yang jual acuan2 kek. Tak banyak sangat pilihan sebab banyak kedai dah tutup, rasa2nya kat Malaysia lagi meriah. So! tak jadi ler beli. Lepas tu kami ke Kartika Sari........ rambang mata tengok, macam nak rasa semuanya. Brownies cukup meriah ada macam2 rasa, pilih jer mana yang berkenan di tekak. 

Dah penat pilih apa yang nak dibeli, kami makan malam di Restoran Belacan. Nama pun dah teruja hihihihi.......menarik sungguh!! kami makan yang simple2 je alas perut, semua dah penat, mengantuk sebenarnya.......saya cuma makan tahu goreng cabai kering, nampak simple tapi memang sedap dan yang pasti pedas gilerrrrr!!!!!! cili api !!!!!


Hari Ketiga perjalanan pulang ke Malaysia. Rasa tak puas lagi nak berjalan2 di Bandung. Bandunggggg!!!!!! nanti saya datang lagi!!!!!!!!!! 5 tahun lagi huhuhu..........

 






Ahad, 20 Oktober 2013

GERMAN COOKIES

Assalamualaikum.....

Selamat petang........selamat beristirehat bersama keluarga di hujung2 minggu ini. Saya malas nak kemana2, lepak saja kat rumah sambil buat biskut. Ingat nak buat kek coklat tapi tekak nie macam nak makan biskut plak. Masa nak raya hari tu tak teringin pulak, baru sekarang nie pulak mengidamnya hihihi.........Biskut yang saya buat kali ini German Cookies. Memang sedap biskut nie, cair di mulut cuma ia agak peroi sikit tapi tetap sedapppppp!!!!!


Masa Aidilfitri yang lepas ada buat tapi tak sempat nak update kat blog. Kali ini saya buat separuh jer dari resepi nie. Saja2 nak makan nanti teringat2 pulak, dah ler esok nak gerak ke Bandung. Kalau ikutkan nafsu nie macam2 nak makan, maklum ler baru baik dari sakit. Dua tiga bulan nie asyik demam saja tak sedap badan. Dah check darah, Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, darah, jantung , hati.......semuanya baik2 belaka. Tahun depan baru ambil darah semula, sebagai rutin le pulak lepas nie untuk kebaikan. Bila usia dah meningkat nie macam2 yang tak terduga jadi kenalah beringatkan.......Semoga dikurnia kesihatan yang baik sentiasa AMINNNNN........ 

Berbalik semula kepada n3 kita, bagi yang belum pernah merasa biskut nie boleh lah cuba. Nak membuatnya pun senang dan cepat, yang penting sedap!!!!!!! Jom kita buat.........


GERMAN COOKIES
Resepi : Chef Florence
Rujukan : Citarasawan

Bahan-bahan :
250 gm mentega
100 gm gula icing
250 gm tepung kentang
100 gm tepung gandum
1 biji putih telur - K1 tambah supaya biskut tak terlalu peroi

Hiasan : Sugar Colours

Cara-cara :
1. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan .
2. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim ( pukul sebati jer saya), masukkan putih telur dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata. Rehatkan selama 15 minit .
4. Ambil doh sebesar ibu jari (10 gm) bulatkan dan golekkan bahagian tepinya dengan sugar colour (gula berwarna) atau hiasan lain yang disukai. Gunakan spatula untuk membuat bentuk diamond diatasnya. (saya buat kecil2 jer dalam 5 gm) .
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit.





Jumaat, 18 Oktober 2013

SAKIT MATA..........!!!!!!!

Assalamualaikum.......

Sakit Mata!!!! Adoiiiii......!!! memang perit kena sakit mata nie, semua serba tak kena. Saya dah hampir 2 minggu kena jangkitan nie. Tak tahu ler pulak kena kat mana. Bila tanya doktor kenapa boleh kena, dia cuma cakap akibat jangkitan. Tak pasti pulak kena macammana, dari siapa?

Macam2 yang doktor bagi petua bagi mengelakkan virus nie kena kat orang lain. Tapi suami saya tak pulak kena jangkitan nie. Mungkin antibodi dia kuat sangat kot, kebal tu yang tak mudah lot hehehe.......Dia cakap seumur hidup dia tak pernah kena lagi sakit mata, teringin ke nak kena? Bila tanya sengih jer yang dia tau........dah kena nanti baru tau.........baru padan dengan muka dia yang hensem tu hahaha........

Dah 3 kali pergi poliklinik, ye la nak kan mc kerajaan tu yang pergi juga tapi bila dia cakap kalau tak baik lagi kena pergi jumpa pakar, terus goyang lutut......melopong tak terkata. Buat muka seposen je la konon2 no hal punya!!! Jawapan hati saya.......'tak nak lah, nanti kang dia korek2 mata aku baru tau' hahaha.........SERAMMMM!!!! punya lah penakut.....

Memang berharap sangat mata nie akan baik segera sebab dah bosan sangat duduk rumah jer busannnnn, yang paling penting lagi 3 hari nak terbang ke Bandung, nanti ada pulak yang kena tahan kat airport tak boleh fly huhuhu.........haru2, ye ke? Baru 2 hari kerja semula walaupun mata masih rasa pedih lagi.....tup2 hari nie kena lagi sampai sepet2 mata dibuatnya. Nak pergi poliklinik memang tak ler.......saya pergi klinik swasta. Banyak pulak nasihat doktor, pening kepala nak ingat banyak bebenor. Nak tau apa doktor pesan? meh sini kita kongsi sama2 yek.......yang mana masih tersemat dalam ingatan saya nie,

1. Kalau sapu mata dengan tisu, buang terus tisu tu jangan guna lagi...
2. Jangan sapu mata guna jari, kalau dah terguna jari tu terpaksa buang jari tu hihihi...
3. Jangan gosok mata bila terasa gatal @ pedih, tapi cuci mata dengan air lalu
4. Titis ubat ikut jam yang disarankan, jangan nak ngelat2
5. Alas bantal @ towel mandi jangan guna lagi bila dah lap muka, kena tukar selalu.......nie yang tak tahan banyak ler nak kena cuci...hihihi
6. Kalau pakai cermin mata, pastikan cuci dulu cermin mata tu takut2 kuman ada dok melekat kat situ 
6. Duduk rumah je jangan pergi ke tempat awam.......terutama tak boleh gie SHOPPING.......hahaha, yang nie memang tak boleh gie walaupun saya nie bukan kategori kaki soping. Nak cuci mata dok rumah jer tengok muka laki kot2 boleh sembuh hehehe.......

Dan yang paling utama sekali mestilah DOA, lepas tu Tawakkal pada ALLAH SWT.......InsyaALLAH, mari kita cuba amalkan bersama2......AMINNNNNNN, moga dipermudahkanNya








Khamis, 17 Oktober 2013

KEK KEJU OREO

Assalamualaikum.....

Selamat Hari Raya Korban bagi semua umat islam seluruh dunia yang menyambutnya. Masih lagi dalam suasana beraya korbankan. Seronok tak dapat balik beraya di kampung? Mesti lah bestkan, sangat2 best  bila dapat berkumpul adik beradik. Walau pun tidak semeriah Aidilfitri, tapi suasana hari raya itu tetap dirasai. Riuh rendah rumah mak rasa macam nak terbalik dah. Anak2 buah semuanya sama2 membesar, jadi tu yang kecoh jer lebih. Ada pulak mak2 saudara yang suka melayan, menjadi je lah semuanya.

Untuk makan2 di pagi raya, macam biasalah. Mesti ada ketupat @ nasi impit, ketupat palas dan juga lemang. Lauk pauk pulak ayam masak rendang, daging kari, ikan jaket masak sambal tumis. Sekali hadap je anak2 mak licinkan, so sape yang datang lambat dapat amik bau saja . Sape lagi saya le tu huhuhu!!!!! Tapi tak mengecewakan sebab petang tu adik masak daging sambal bali dan daging salai cili padi rebung. Perrrgghhhhh!!!!! terangkat punggung akibat kesedapan dan kepedasannya. Saya taler memang tak ingat sebab suami saya tak suka bau rebung jadi saya tak pernah masak rebung kat rumah. Kalau nak makan kena cari ler kat kedai area2 Melaka nie.

Menu saya untuk pagi raya tak dak cuma saya buatkan kek untuk mereka semua rasa. Macam biasa lah kalau berkumpul ramai2, saya akan buatkan kek dan kali ini saya buat Kek Keju Oreo dari blog ita masam manis. Macam biasa ler kan tempat rujukan saya yang utama tu hihihi........

Saya buat kali nie tak cukup pulak, al maklum ler askar ramai. Mungkin yang akan datang kena gandakan baru boleh makan puas2. Masing2 nak potong pun takut2 sebab kek sikit jer tapi biji mata yang menengoknya berpuluh2........ha amik kau, nasib le sape cepat dia dapat......tapi yang pastinya ownernya tak merasa :(

Kalau ada yang berkenan boleh cuba resepi nie.......saya share ye ita....


KEK KEJU OREO
Majalah SAJI MAY 2012

Mula-mula sediakan kek span coklat

KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2012 

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan

- Panaskan oven pada suhu 170C
- Sediakan loyang 8 inc
- Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak

- Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
- Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
- Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
- Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
- Bakar pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
- Sejukkan kek atas redai setelah masak. Potong kek kepada 3 lapisan

* adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja.
Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji


KRIM KEJU   

1 paket biskut oreo
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla

- Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
- Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
- Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan  
- Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim. Pastikan krim keju pada suhu bilik. 
- Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
- Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
- Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna

- Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
- Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi. Kaup balik adunan hingga rata
- Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
- Masukan adunan kedalam piping beg

- Potong kek span kepada 3 lapisan. Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek
- Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc
- Masukkan kepingan ke span coklat di dasarnya.
- Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika
- Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat. Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.
- Tuangkan selapis lagi krim keju. Dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
- Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju ratakan permukaannya
- Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam. Keluarkan kek dari loyang
- Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
- Hias kek mengikut kreativiti anda

boleh tengok step2 yang ita buat kat sini 

* Untuk mendapatkan potongan kek keju yang kemas dan cantik! pastikan mata pisau di rendam ke dalam air panas terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memotong kek.
Kalau boleh carilah mata pisau yang sedikit halus. 
Jangan lupa untuk mengelap mata pisau dengan kain kering selepas di rendam dalam air panas.
Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan mata pisau di atas dapur.
Selepas setiap potongan pastikan mata pisau sentiasa di lap supaya kek tidak comot ketika dipotong.